Pembolehubah Personaliti Wanita Daripada Pelbagai Latar Belakang Sektor Perjawatan Di Sabah Ke Arah Kepimpinan

  • Dewi Tajuddin Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Abstract

Prestasi kepimpinan adalah tingkah laku yang menyatakan kemahiran individu untuk menyesuaikan diri dalam keadaan semasa terutama di dalam pergaulan sesama kumpulan profesion yang sentiasa berubah-ubah. Kesan perubahan tersebut akan membuatkan sesebuah organisasi menyatakan ketersediaan personaliti warga kerjanya ke arah kepimpinan. Kajian yang telah dilaksanakan ke atas golongan wanita Gred 41 dan ke atas daripada pelbagai latar belakang sektor dan perjawatan di negeri Sabah menunjukkan faktor personaliti setiap individu berupaya mempengaruhi nilai kepimpinan yang dipraktikkan. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh empat pemboleh ubah personaliti terhadap kepimpinan iaitu a) keberkesanan kepimpinan, b) stail kepimpinan, c) motivasi memimpin dan d) keperibadian memimpin ke arah kepimpinan. Seramai 282 responden telah dikenal pasti sebagai responden yang sesuai lengkap menjawab borang kaji selidik. Hasil analisis menggunakan Statistical Package for Sosial Science (SPSS) mendapati bahawa kualiti terendah terhadap item personaliti adalah di bawah stail kepimpinan – ‘kecenderungan membuat keputusan sendiri’ (28 peratus) dan perkara yang diperakui dan mendapat undian tertinggi adalah pemboleh ubah personaliti di item stail kepimpinan – ‘memberi peluang kepada staf memberi cadangan’ (96.10 peratus). Ia merupakan item paling signifikan yang mempengaruhi personaliti wanita Sabah ke arah kepimpinan. Faktor personaliti terhadap kepimpinan seseorang wanita itu dilihatsangat penting, maka menyedari situasi tersebut ianya memerlukan ketersediaan wanita Sabah untuk menghadapi sebarang perubahan sebagai seorang individu yang bergelar pemimpin memiliki nilai personaliti yang terbaik untuk menjadikan dinamika kepimpinannya lebih berjaya dan berkesan.

Published
2023-08-12
How to Cite
Tajuddin, D. (2023). Pembolehubah Personaliti Wanita Daripada Pelbagai Latar Belakang Sektor Perjawatan Di Sabah Ke Arah Kepimpinan. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 165-177. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/407