Potensi Keusahawanan Sosial Melalui Aktiviti Koperasi Di Kalangan Belia Negeri Sabah

  • Surail Bin Abdul Kahar ToCoDeS Legacy UiTM Sabah
Keywords: Keusahawanan Sosial, Koperasi Sosial, Belia Terpinggir, Ekonmi Lestari

Abstract

Keusahawanan sosial merujuk kepada amalan perniagaan yang bertujuan untuk mencapai impak sosial positif sambil menjana keuntungan ekonomi. Koperasi merupakan organisasi yang menyediakan platform sesuai kepada belia untuk mengembangkan inisiatif perniagaan mereka dengan memberi keutamaan kepada kepentingan sosial dan komuniti. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji potensi keusahawanan sosial melalui aktiviti koperasi di kalangan belia Sabah. Ia melibatkan pengumpulan data melalui tinjauan soal selidik yang diedarkan kepada belia di Sabah. Data yang dikumpulkan merangkumi profil demografi belia, tahap kesedaran tentang keusahawanan sosial dan koperasi, serta keinginan dan cabaran yang mereka hadapi dalam melibatkan diri dalam perniagaan koperasi. Data tersebut kemudiannya dianalisis secara statistik untuk memberikan gambaran yang komprehensif tentang potensi keusahawanan sosial melalui koperasi di kalangan belia Sabah. Hasil kajian menunjukkan keusahawanan sosial melalui koperasi adalah satu pendekatan yang berpotensi untuk memperbaiki kesejahteraan sosial dan ekonomi belia di Sabah. Sokongan dan sumber pemberdayaan yang sesuai seperti latihan keusahawanan, pembiayaan yang berpatutan, dan kemudahan infrastruktur, belia dapat menjadi agen perubahan dalam masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi lestari di Sabah. Dapatan juga meneliti cabaran yang dihadapi, termasuklah kekurangan pengetahuan tentang koperasi dan keusahawanan, akses terhadap sumber kewangan, dan kekurangan sokongan dan infrastruktur yang sesuai. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik tentang potensi dan cabaran keusahawanan sosial melalui koperasi di Sabah. Dapatan kajian juga dapat membantu pihak berkepentingan, termasuk pemerintah, agensi pembangunan, dan organisasi belia, untuk merancang dan melaksanakan inisiatif yang sesuai dalam memperkukuhkan ekosistem keusahawanan sosial khususnya untuk belia di Sabah.

Kata Kunci: Keusahawanan Sosial, Koperasi Sosial, Belia Terpinggir, Ekonmi Lestari

Published
2023-11-01
How to Cite
Abdul Kahar, S. (2023). Potensi Keusahawanan Sosial Melalui Aktiviti Koperasi Di Kalangan Belia Negeri Sabah. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 134-141. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/392