P039 TRANSFORMASI PERADABAN DALAM ERA AI: MENANGANI KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI GLOBAL MELALUI PENDEKATAN KONSEPTUAL BERASASKAN MAQASID SYARIAH DALAM KONTEKS NEGARA-NEGARA BORNEO

  • Ahmad Ghazali Ismail Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Sabah
Keywords: ekonomi global, borneo, maqasid syariah, kecerdasan buatan

Abstract

Ketidakseimbangan ekonomi global merupakan salah satu isu yang sering diperkatakan, lebih-lebih lagi dalam era teknologi dan kecerdasan buatan (AI). Pelbagai faktor dikaitkn dengan ketidakseimbangan ini, antara lain adalah kebergantungan negara kepada komoditi yang berbeza, jurang teknologi yang semakin lebar dan ketidakadilan dalam perjanjian perdagangan antara negara. Dalam konteks Borneo di mana masyarakat Islam menjadi majoriti, yang terdiri daripada Sabah, Sarawak, Kalimantan dan Brunei, biarpun memiliki struktur dan kekuatan ekonomi berbeza tetapi tetap ada pergantungan kepada pasaran global yang memberi kesan secara langsung kepada pekerjaan, keusahawanan dan kesejahteraan hidup. Kertas kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan ketidakseimbangan ekonomi global kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat Islam di Borneo, dipadankan dengan peranan teknologi dan AI serta prinsip maqasid syariah sebagai panduan kepada penyelesaian bagi memperkukuh kelestarian ekonomi serantau. Kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk konseptual, di mana analisis adalah berdasarkan literatur akademik, laporan ekonomi, dan dokumentasi polisi dengan memberi penekanan kepada nilai Islam dalam menggubal strategi ekonomi. Kerangka yang dicadangkan menghubungkan tiga aspek utama, iaitu ketidakseimbangan global, kelestarian sosioekonomi Islam dan pemerkasaan teknologi. Hasil kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada perbincangan akademik tentang pembangunan Islam yang adil, seimbang dan lestari. Kesimpulan awal menunjukkan bahawa gabungan teknologi dan AI dengan prinsip maqasid syariah mampu memperkukuh strategi pembangunan sosioekonomi yang seimbang, sekali gus menjadikan Borneo sebagai model praktikal bagi kelestarian sosioekonomi Islam dalam menangani ketidakseimbangan ekonomi global.

Published
2026-06-29
How to Cite
Ismail, A. G. (2026). P039 TRANSFORMASI PERADABAN DALAM ERA AI: MENANGANI KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI GLOBAL MELALUI PENDEKATAN KONSEPTUAL BERASASKAN MAQASID SYARIAH DALAM KONTEKS NEGARA-NEGARA BORNEO. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/1042