Satu Kajian Tentang Kejayaan Menarik Minat Golongan Muda Untuk Mencuba Sesuatu Produk Yang Baharu

  • Mohammad Firdaus Mohamad Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Muraddin Purag Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Ahmad Ghazali Ismail Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Faiqah Binti Mawardi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Abstract

Perkataan ‘Viral’ atau tular diambil daripada perkataan bahasa inggeris yang merujuk kepada penyebaran yang cepat dan pantas, umumnya digunakan dalam bidang kesihatan yang merujuk kepada penyebaran sesuatu virus kepada manusia. Dalam konteks perniagaan, viral marketing atau pemasaran tular merupakan salah satu cara untuk usahawan meraih jumlah penonton yang ramai dengan memanfaatkan kekuatan dan kecenderungan para pelayar media sosial untuk menyebar, berkongsi dan mempengaruhi orang lain. Satu kajian telah dijalankan dikalangan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah untuk melihat keberkesanan teknik ‘Viral Marketing’ dikalangan mereka. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sama ada kesan daripada penggunaan Viral Marketing ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kewujudan produk (product awareness), kadar kemahuan untuk mencuba (intention awareness), dan juga jangkaan keberkesanan selepas mencuba (expectation  awareness). Hasil kajian akan menunjukkan tentang keberkesanan dari segi teknik, masa, dan juga platform yang sesuai digunakan dalam mencetuskan keinginan untuk mencuba dan membeli sesuatu produk baharu dikalangan pelajar. Kajian ini juga menyimpulkan bahawa sesiapa sahaja yang ingin menjadi pemula dalam perniagaan boleh memanfaatkan teknik Viral Marketing ini dengan cara menetapkan penciptaan kandungan (content) yang sesuai, kekuatan pemberi pengaruh (influencer) dan juga penggunaan testimoni dari pelanggan yang telah mencuba lebih awal. Terdapat beberapa cabaran yang perlu diketengahkan jika ingin meraih kejayaan dalam penggunaan viral marketing ini seperti dalam rekomendasi kajian. Akhir sekali, “trend” semasa yang memanfaatkan kecanggihan teknologi dan juga pilihan konten yang tepat mampu mewujudkan perasaan ingin mencuba kepada produk baharu seterusnya membolehkan sesuatu produk itu meraih jualan yang menguntungkan.

Published
2023-11-01
How to Cite
Mohamad, M. F., Purag, M., Ismail, A. G., & Mawardi, F. (2023). Satu Kajian Tentang Kejayaan Menarik Minat Golongan Muda Untuk Mencuba Sesuatu Produk Yang Baharu. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 393-397. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/514