Abstract
Makalah ini membincangkan masalah yang dihadapi oleh murid bukan penutur natif (etnik Bajau) yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah rendah dalam penulisan karangan. Berdasarkan Teori Pemerolehan Bahasa Kedua Krashen (1981) dan Model Pemerolehan Bahasa Kedua Ellis (1994), proses pemerolehan bahasa kedua murid bukan penutur natif adalah berbeza dengan murid penutur natif. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur sebagai instrumen kajian. Peserta kajian ini terdiri daripada guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang mengajar murid etnik Bajau di lapan buah sekolah rendah. Pemilihan peserta kajian adalah secara pensampelan bertujuan. Guru yang dipilih mestilah memenuhi kriteria pemilihan peserta kajian yang telah ditetapkan. Lokasi kajian adalah di lapan buah sekolah rendah yang terletak di Daerah Semporna, Sabah dan mempunyai murid yang majoritinya terdiri daripada murid etnik Bajau. Hasil temu bual mendapati murid etnik Bajau menghadapi masalah yang serius dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Antara masalah yang dihadapi oleh murid etnik Bajau adalah, (i) penggunaan kosa kata yang terhad, (ii) tidak dapat menjanakan idea dengan baik, (iii) penguasaan aspek teknikal penulisan karangan dan (iv) penguasaan format dan jenis karangan yang terhad. Kajian ini juga mendapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penguasaan murid etnik Bajau dalam penulisan karangan iaitu, (i) pengaruh bahasa ibunda, (ii) pengaruh persekitaran linguistik dan (iii) kurangnya minat membaca dalam kalangan murid. Data kajian ini dianalisis secara bertema menggunakan perisian Atlas.ti 8.24 (versi Mac). Ringkasnya, masalah penguasaan murid etnik Bajau dalam penulisan memerlukan penyelesaian holistik dan bersepadu daripada semua pihak.
Kata kunci: murid bukan penutur natif; etnik Bajau; penulisan karangan; sekolah rendah
Abstract
This paper discussed the problems in essay writing faced by pupils who were not Malay native speakers (Bajau ethnic) that learn Malay as a second language in primary schools. Based on Krashen's (1981) Second Language Acquisition Theory and Ellis's (1994) Second Language Acquisition Model, the second language acquisition process of non -native speaking pupils is different from that of native speaking pupils.This study used a qualitative approach through semi-structured interviews as a research instrument. The participants in this study consisted of Malay subject teachers teaching the Bajau ethnic pupils in eight primary schools. The selection of study participants was by purposive sampling. The selected teachers must meet the criteria for the selection of study participants that had been set. The study location is in eight primary schools located in Semporna District, Sabah and has students, the majority of whom are Bajau ethnic pupils. The interviews found that Bajau pupils faced serious problems in the Malay language essay writing. Among the problems faced by Bajau pupils were, (i) limited use of vocabulary, (ii) not being able to generate ideas well, (iii) mastery of technical aspects of essay writing, and (iv) limited mastery of essay format and type. This study also found that several factors influence the mastery of Bajau pupils in essay writing, namely, (i) the influence of mother tongue, (ii) the influence of linguistic environment, and (iii) lack of interest in reading among the pupils. The study data were analysed thematically using Atlas.ti 8.24 software (Mac version). In short, the writing mastery problem of Bajau pupils requires a holistic and integrated solution from all parties.
Keywords: non-native speaking students; Bajau ethnic; essay writing; primary school
References
- Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak & Shahrin Awaluddin. (2010). Kaedah pensyarahan Pendidikan Islam: Konvensional dan inovasi. Dlm Ab. Halim Tamuri & Nik Rahimi (pynt). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Abdul Rasid Jamian, Nurul Nadiah Razali & Shamsuddin Othman. (2016). Pengaplikasian teknik didik hibur meningkatkan pencapaian penulisan karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 4 (1): 39–45.
- Abdul Rasid Jamian, Shamsuddin Othman, Azhar Md Sabil & Juanes Masamin. (2016). Kesediaan guru dalam pelaksanaan kemahiran berfikir terhadap pengajaran penulisan karangan murid bukan Melayu. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 7: 1–8.
- Alhaadi Ismail & Norimah Zakaria. (2019). Faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC Chung Hwa Teluk Kemang. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu, 7 (3): 23–30.
- Andrew, E., Rozita Radhiah Said & Roselan Baki. (2019). Meneroka penggunaan teknik flipped classroom dalam pengajaran kemahiran menulis. International Journal of Education and Training (InjET), 5(1): 1–8.
- Angela Pamela Anak Singi & Zamri Mahamod. (2019). Penggunaan cerita kartun untuk meningkatkan pencapaian kemahiran menulis jenis cerita murid Kenyah. Proceeding: International Conference on Education, Language and Psychology (ICELP 2019): 167–178. Kelantan: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd.
- Anthony Aloysius & Yahya Othman. (2017). Keberkesanan peta pemikiran dalam meningkatkan kemahiran menulis esei bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tingkatan 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 7(1): 44–45.
- Awang Sariyan. (2004). Tertib mengarang: asas retorik untuk pelajar dan pendidik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Azizee Amin & Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2018). Teknik Grafik dalam penulisan karangan naratif murid tahun 4. Seminar Pendidikan Transdisiplin (STEd 2018): 623–634. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Braun, V. & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2): 7–9.
- Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1 (1): 67–87.
- Chew Fong Peng. (2016). Masalah pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 6 (2): 10–22.
- Chew Fong Peng & Maisarah Mohamed Sulong. (2019). Kesan strategi Gallery Walk terhadap pencapaian murid-murid dalam pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 2 (5): 43–62.
- Christine Anak Linsah & Zamri Mahamod. (2018). Tahap pengetahuan, penerimaan dan penguasaan pelajar etnik Bidayuh Bukar Sadung dalam pembelajaran bahasa Melayu melalui peta pemikiran i-Think. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu, 6 (3): 3–15.
- Hasnah Mohamed. (2016). Meningkatkan kemahiran menulis karangan melalui penggunaan “Track Changes.” Malaysian Journal of Learning and Instruction 13 (1): 135–159.
- Ilangko Subramaniam, Noorulafiza Abdul Muthalib dan Siti Nor Hamahida Zainal. (2014). Penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid peribumi di sekolah pedalaman sarawak. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (1): 65–74.
- Jerie Peter Anak Langan & Zamri Mahamod. (2011). Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 13–25.
- Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018a). DSKP Bahasa Melayu Tahun 4. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Kurikulum.
- Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018b). Kupasan Mutu Jawapan Bahasa Melayu SK (Penulisan) UPSR 2017. Putrajaya: Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018c). Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018. Putrajaya: Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- Kong Teck Kiong, Yahya Othman & Zamri Mahamod. 2017. Penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina kategori sekolah kurang murid daerah Sibu. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu Sabah & Sarawak (Eksekutif) Kali Ke-6: 231-249. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Layang Ugek & Jamaludin Badusah. 2018. Amalan dan masalah pengajaran literasi bahasa guru bahasa Melayu ketika mengajar murid Penan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8 (2): 25–38.
- Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan literasi bahasa Melayu: strategi perancangan dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
- Md Fadzil Masri & Zamri Mahamod. (2019). Keberkesanan Kaedah Flipped Classroom dalam meningkatkan kemahiran mengolah isi karangan murid-murid sekolah rendah. Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (SPSSK 2019) hlm. 141–152. Bangi: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
- Merriam, S.B. (2009). Qualitative research and case study applications in education. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.
- Mohd Fuad Abd Rahman & Zamri Mahamod. (2018). Aplikasi, sikap dan masalah murid di SJK Tamil (PdPc) bahasa Melayu berkonsepkan Flipped Classroom. Prosiding Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2018: 356-365. Tanjung Malim: Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
- Monica Laina Tonge & Zamri Mahamod. (2019). Penggunaan aktiviti pembelajaran berasaskan projek untuk meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran menulis karangan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Amalan Rerbaik Pembelajaran Pemudahcaraan dan Inovasi: 56-66. Kota Bharu: Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Kota Bharu.
- Nawi Ismail. (2006). Masalah ketidakberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Pelita Bahasa, 20 (2): 22-24.
- Nor Hashimah Jalaluddin & Adriana Santa Anak Tinggom. (2016). Percampuran kod dalam penulisan karangan bahasa Melayu pelajar Cina: Analisis pragmatik. Jurnal Bahasa, 16: 74–93
- Nora’azian Nahar & Fadzilah Abd Rahman. (2018). The level of Malay language proficiency of non-native students and its relationship with a second language learning motivation. International Journal of Education and Training,4(1):1–8.
- Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar & Nor Hashimah Jalaluddin. (2012). Pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua: pengungkapan idea dalam penulisan pelajar sekolah menengah Malaysia. Jurnal Melayu, 9: 227–240.
- Nur Eliani Husaini & Che Ibrahim Salleh. (2017). Kesalahan tatabahasa Melayu dalam pembelajaran Bahasa Kedua. Jurnal Pertanika Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu, 4 (2): 273–284.
- Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu: Senario, teori dan panduan untuk guru dan pelajar. Shah Alam: Karisma Publications.
- Rozita Radhiah Said, Latifah Mohd Shariff & Fadzilah Abd Rahman. (2017). Pembelajaran koperatif dalam pengarajan karangan bahasa Melayu menengah atas. International Journal of Education and Training, 3 (2): 1–12.
- Saraswathy A/P Pormalu @ Perumal, Rohaidah Kamarudin, Muthusamy, P.A., Ayuni Mohamad Bakari & Husna Hidayah Mansor. (2017). Pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar sekolah Tamil. International Journal of The Malay Wold and Civilisation 5(1): 45–55.
- Sh. Siti Hauzimah Wan Omar. 2017. Pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah bahasa Melayu di sekolah rendah. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 8 (Mei): 56–67.
- Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, Maz Abu Supian Madhi & Mohd Jasmy Abd. Rahman. (2018). Kesalahan imbuhan dalam penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid Bidayuh. International Conference on Education and Regional Development 3rd (ICERD), hlm. 74–84. Bandung, Indonesia: PT RajaGrafindo Persada.
- Zamri Mahamod, Bukari Kadam, Sabariah Samsuri & Rosmini Md. Salleh. (2005). Faktor-faktor psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua: satu kajian kes dalam karangan pelajar India. Seminar Kebangsaan Linguistik (SKALI 2005), 1–17. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Zamri Mahamod & Magdeline anak Nor. 2012. Penguasaan pengetahuan pedagogi kandungan guru bahasa Iban. GEMA Online Journal of Language Studies, 12 (2): 593–608.
- Zulkifley Hamid. (2006). Psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.