Abstract

Fahaman Sosialis Marxisme adalah aliran pemikiran yang menolak budaya pemusatan kuasa golongan borjusi (elit) dan menghapuskan elemen egoistik kelas pemodal dalam sistem kapitalisme. Namun begitu, fahaman tersebut mula menyerap masuk ke dunia Arab menerusi gerakan politik berhaluan kiri (komunis) dan seterusnya direkonstruksi mengikut acuan dan keperluan masyarakat Arab. Masyarakat Arab masih berpegang kepada tradisi dan norma kehidupannya kerana Islam tidak memusuhi kehidupan beragama. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh sosialis Marxisme terhadap landskap politik Timur Tengah. Kajian perpustakaan digunakan sebagai metodologi kajian. Kajian ini mendapati gagasan Marxisme telah direkonstruksi dalam empat dimensi iaitu pertama, semangat kebangsaan (Nasionalisme) bagi menyekat penguasaan kuasa kolonialis,: kedua, pemusatan kuasa (Desentralisasi) dalam merapat jurang status sosial dan ekonomi masyarakat bandar dan luar bandar,: sekularisme dalam membentuk model politik yang lebih demokratik dan liberal,: revolusi rakyat (civilian) yang menerapkan elemen ketenteraan dan birokrasi kepartian.