Skip to main content Skip to main navigation menu Skip to site footer
Articles
Published: 2020-12-11

Aktiviti KoKurikulum di Sekolah Swasta Terpilih Melahirkan Pelajar Berdikari–Analisis Kualitatif

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak, MALAYSIA
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak, MALAYSIA
Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS),Pahang, MALAYSIA
aktiviti, kokurikulum, pelajar, sekolah swasta.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di empat buah sekolah menengah swasta dapat melahirkan pelajar yang mampu berdikari dalam masing-masing kerjaya. Ada segelintir masyarakat mengatakan aktiviti kokurikulum hanyalah sebagai memenuhi waktu pelajar semasa di sekolah sahaja. Persepsi tersebut kurang tepat dan tidak berasas. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif bagi mendapatkan maklumat. Seramai enam orang pelajar senior dari empat buah sekolah swasta di negeri Selangor dipilih sebagai responden. Penyelidik menggunakan kaedah temubual berfokus bagi mendapatkan maklumat responden.  Dapatan kajian dibentangkan dalam bentuk deskriptif iaitu huraian terhadap objektif kajian. Kajian mendapati aktiviti kokurikulum nasyid dan bermain alat muzik, berkebun sayur, memelihara ikan air tawar dan menternak binatang diterapkan kepada pelajar. Ada pun aktiviti memasak, menjahit pakaian dan berniaga kecil-kecilan menjadi suatu kerjaya yang menjana pendapatan yang lumayan kepada pelajar. Hasil kajian ini sangat relevan terhadap remaja bahawa aktiviti bermain alat muzik, berkebun sayur, memelihara ikan air tawar dan menternak binatang merupakan sumber pendapatan yang sesuai diceburi masa kini. Menerusi aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah para pelajar mengasah bakat  mereka untuk kerjaya masing-masing. Hal ini secara tidak langsung menyuburkan aktiviti ekonomi semasa.

How to Cite

Ismail, A. M., Osman, Z., & Mokhtar, A. E. (2020). Aktiviti KoKurikulum di Sekolah Swasta Terpilih Melahirkan Pelajar Berdikari–Analisis Kualitatif. Borneo International Journal EISSN 2636-9826, 3(2), 1–5. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/bij/article/view/63