Abstract

Muslim profesional sering dikaitkan dengan komitmen individu dalam penghayatan amalan religiositi. Persoalannya, adakah profesionalisme dan penghayatan amalan religiositi mempunyai hubungan secara positif? Sekiranya saling berkaitan, apakah amalan yang dimaksudkan? Justeru, kaedah kualitatif phenomenology digunakan untuk mengenalpasti amalan-amalan religiositi yang dilaksanakan. Penulisan ini terbentuk hasil daripada beberapa siri temu bual separa berstruktur, analisis dokumen dan kaedah pemerhatian bukan penyertaan di dalam meneliti amalan religiositi yang dipraktikkan semasa bekerja, yang mempengaruhi pemantapan profesionalisme belia Muslim. Hasil kajian menunjukkan bahawa profesionalisme seseorang itu terhasil daripada penghayatan amalan religiositi melalui i) amalan infiradi dan ii) amalan ijtima’i, yang kemudiannya membentuk pemantapan profesionalisme individu terhadap Allah s.w.t (habluminallah) dan terhadap masyarakat dan rakan sekerja (habluminannas).