Abstract

Abstrak


Dalam konteks pendidikan di Malaysia, penggunaan sastera dalam pembelajaran bahasa mula diterapkan di peringkat sekolah menengah dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988. Penggunaan bahasa sastera ini diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu atau dikenali sebagai KOMSAS. KOMSAS yang diajar di sekolah-sekolah menengah di Malaysia terdiri daripada lima genre utama iaitu puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa moden dan novel. Novel yang merupakan salah satu genre kajian utama dalam KOMSAS memaparkan pelbagai peristiwa, yang boleh dijadikan pengajaran kepada pembaca. Melalui pembacaan novel, pembaca mendapat pelbagai nilai murni, pengajaran, nilai kemasyarakatan atau budaya yang dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran kepada pembaca. Kajian ini menganalisis peristiwa-peristiwa penting dalam novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Bagi menganalisis novel ini pengkaji, akan mengaplikasikan pendekatan Teori Relevans (TR) yang mementingkan konteks, kesan kognitif dan usaha memproses maklumat untuk menganalisis peristiwa-peristiwa penting yang terdapat dalam novel tersebut. Peristiwa-peristiwa penting dalam novel tersebut akan dianalisis secara eksplikatur dan implikatur dengan menggunakan TR dan Rangka Rujuk Silang (RRS). Hasil analisis TR dan RRS pembaca dapat mengetahui latar masyarakat,  nilai murni dan pengajaran yang terdapat dapat dalam novel Di Sebalik Dinara.


 


Kata kunci: Teori Relevans, latar masyarakat, nilai murni, pengajaran, KOMSAS