Abstract

Kajian ini membincangkan keberkesanan aktiviti dakwah dan pendidikan terhadap pelajar Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan. Pelajar tahfiz merupakan sebahagian daripada golongan remaja Islam yang perlu diberi perhatian khusus bagi memastikan kesinambungan aktiviti dakwah dan pendidikan secara berterusan. Disamping sibuk dengan pembelajaran akademik, pelajar tahfiz didedahkan dengan aktiviti dakwah yang dilaksanakan secara harian dan mingguan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk deskriptif. Bagi mendapatkan maklumat, kajian menggunakan metode  soal selidik. Pemilihan subjek kajian secara persampelan melibatkan 100 pelajar yang mengikuti program dakwah dan pendidikan. Instrumen kaji selidik mengandungi keberkesanan aktiviti dakwah dan pendidikan yang dilaksanakan kepada para pelajar. Kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS (Version 2.3). Hasil kajian menunjukkan terdapat program dakwah dan pendidikan kurang berkesan seperti program Qiamulail dan muhasabah diri mencatatkan min 3.82.  Lain-lain program mendapat mendapat skor tinggi iaitu aktiviti tadarus al-Quran (4.4), Kem tahsin solat (4.33), Ceramah agama sempena hari  kebesaran dalam Islam memberi keyakinan tentang akidah yang benar (4.33), kuliah bulanan meningkatkan pengetahuan Islam (4.29) dan sesi perkongsian ilmu semasa program usrah bulanan (4.28). Kajian merumuskan pengurusan sekolah dan kerjasama pelajar adalah penting dalam mencapai keberkesanan program yang diadakan. Implikasi kajian menunjukkan aktiviti dakwah dan pendidikan dapat meningkatkan disiplin dan memberi kesan positif terhadap spiritual pelajar.


 Kata Kunci: pelajar tahfiz, aktiviti dakwah, pendidikan, keberkesanan.