Abstract

Pencemaran udara memberikan kesan buruk kepada manusia dan juga alam sekitar. Bernafas melalui udara yang mengandungi karbon monoksida (CO) boleh membawa kepada penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, kelahiran bayi pra-matang dan barah. Peramalan kepekatan CO ini adalah kajian pertama di Malaysia menggunakan pendekatan kalut. Data siri masa CO dicerap mengikut jam pada bulan Jun 2017 di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Pendekatan kalut dibahagikan kepada dua langkah iaitu pembinaan semula ruang fasa dan proses peramalan. Kaedah pertama, ruang fasa pelbagai-matra dibina menggunakan parameter masa tunda  dan matra pembenaman  . Nilai  adalah ditetapkan manakala penetapan nilai  adalah melalui kaedah Cao. Seterusnya, proses peramalan dilakukan apabila tiga parameter ditentukan iaitu  dan bilangan jiran terdekat  ditentukan. Berdasarkan kajian-kajian lepas, bilangan  ditentukan menggunakan kaedah cuba jaya. Untuk kajian ini, kaedah penambahbaikan dalam menentukan bilangan  diperkenalkan. Kaedah penambahbaikan ini dilakukan dengan menguji setiap bilangan    diantara  dengan plot graf  melawan pekali korelasi ( ). Nilai  diperoleh melalui peramalan data siri masa menggunakan kaedah penghampiran purata setempat (KPPS). Peramalan menggunakan bilangan  melalui kaedah cuba jaya yang pernah digunakan dalam kajian lepas iaitu . Kemudian, keputusan peramalan adalah dicatat untuk perbandingan. Keputusan menunjukkan nilai maksimum bagi  pada  dengan menggunakan kaedah penambahbaikan dalam menentukan bilangan . Oleh itu, peramalan menggunakan kaedah penambahbaikan dalam menentukan bilangan  boleh diteruskan untuk kajian pada masa akan datang degan menggunakan data siri masa yang lebih banyak.