Abstract

Abstract


Zakat is one of the important pillars of Islam in building and strengthening relationship among community members. Zakat and Prayers have been made obligatory since the beginning of Islam. Traditionally, the disbursement of zakat is handed from the payer to recipients in cash through appointed council or directly from the payer. With the advancement of technology, the distribution and collection of zakat has changed tremendously and moving towards digitalization.  This advancement in technology has reduced the physical need of transferring zakat cash from payers to recipients.  This study focus on the objectives and rulings of Syariah as well as the acceptance of society towards digitalizing payment and disbursement of zakat in Brunei Darussalam. Payment of zakat can be done in digital form without having the need to be physically present at the zakat office. In this study, interviews were conducted with the public, Islamic scholars and jurist to gather their views and opinions.  Traditional documents and related materials were also analyzed. The study found that the 'spirit' of zakat lies in the solidarity and humane amongst the community. It is also found that high rate of payment of zakat fit’r but this is not reflected in the payment of zakat al mal. Digital payment of zakat is still considered low despite the acceptance of digital payment of zakat is high and rate of access to smartphones and digital literacy is also high. Society needs more awareness of the digital payments of Zakat through various awareness programme.


Keywords: modern devices, zakat payment, zakat Brunei


Abstrak


Zakat menjadi rukun Islam yang penting dalam pembinaan dan perhubungan sesama ahli masyarakat. Ia dirangkumkan dengan al-solah (sembahyang) dan diwajibkan sejak awal Islam lagi walaupun dalam bentuk yang sedikit berbeza. Sejak berzaman, ia dilaksanakan secara terus dan disampaikan dari tangan pemberi kepada penerima dalam bentuk fizikal. Perkembangan moden yang mengurangkan sentuhan antara sesama manusia dengan ciptaan pelbagai alatan moden telah mengubah bentuk penyerahan dan penyampaian zakat ini. Zakat boleh tidak lagi disampaikan secara terus dari tangan ke tangan bahkan hanya secara digital atau maya. Kajian ini menumpukan kepada persoalan maqasid, hukum dan sikap penerimaan masyarakat terhadap isu di Negara Brunei Darussalam. Kajian dilakukan dengan pengumpulan dan penelitian terhadap bahan dan kitab tradisional, temu ramah tokoh-tokoh yang terlibat dalam penentuan hukum syar’i di peringkat negara, temu ramah para akademik, dan juga kajian responden dari kalangan ahli masyarakat. Kajian mendapati bahawa ‘roh’ kepada zakat terletak kepada bantuan dan hubungan kemasyarakatan dan bukannya pada cara dan alat penyerahan. Kebanyakan ahli masyarakat Brunei Darussalam telah menunaikan zakat fitrah. Namun begitu pembayaran zakat al-mal (selain zakat fitrah) adalah kurang. Kajian mendapat kemahiran penggunaan peranti moden adalah tinggi tetapi pembayaran zakat melalui peranti terkini masih kurang walaupun masyarakat secara umumnya menerima hukum pembayaran mengikut cara tersebut. Masyarakat memerlukan kepada pendedahan yang lebih terhadap pembayaran menggunakan cara ini melalui promosi dan pendedahan yang meluas.


Kata kunci: peranti moden, pembayaran zakat, zakat Brunei