Abstract

Following the trend of increasing prices of goods and food throughout the country starting in 2019 until now has caused the people in Malaysia to start rationing their income and choose only the types of food they need for their daily use. This happened due to a number of factors such as the spread of the covid-19 epidemic, war for food producing countries, inflation, lack of food supply in the market and the factor of layoffs for some people in Malaysia. The increase in the price of goods and food has a greater impact on students who do not have a source of income for their daily expenses and there are those who only depend on education loans or contributions from their parents to continue their studies in education their respective institutions of higher education. This causes some of the students of these institutions of higher learning to be hungry all day or only eat once a day due to lack of money to buy food for them to eat throughout their studies at the institution of higher learning. Therefore this paper will review the management and distribution through food bank methods carried out by certain bodies through food bank contributions to institutions of higher learning in Malaysia to meet the needs of students to obtain food supplies. This research paper will also look at the management done by certain parties in the management of food distribution through food banks from 2019 until now.


Keywords: Management and Distribution, Food Bank, Higher Education Institution, Foundation, Sustenance


Berikutan trend kenaikan harga barangan dan makanan di seluruh negara bermula pada tahun 2019 hingga kini telah menyebabkan masyarakat di Malaysia mula mencatu pendapatan dan memlih jenis makanan yang di perlukan sahaja untuk kegunaan harian mereka. Hal ini berlaku berikutan beberapa faktor seperti seperti penularan wabak covid-19, perang bagi negara pengeluar makanan, inflasi, kekurangan bekalan makanan di pasaran dan faktor di buang kerja bagi sesetengah masyarakat di Malaysia. Lebih memberi kesan keatas faktor kenaikan harga barang dan makanan ini adalah kepada golongan pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan untuk pembelanjaan harian mereka dan ada di kalangan mereka yang hanya bergantung kepada pinjaman pendidikan sahaja atau bergantung kepada sumbangan dari ibubapa mereka untuk meneruskan kehidupan dalam menuntut ilmu di institusi pengajian tinggi masing-masing. Hal ini menyebabkan ada di kalangan para pelajar institusi pengajian tinggi ini terpaksa berlapar sepanjang hari atau hanya makan sehari sekali sahaja kerana kekurangan wang untuk membeli makanan untuk di jamah oleh mereka sepanjang tempoh pengajian di institusi pengajian tinggi. Oleh itu kertas kerja ini akan meninjau pengurusan dan agihan melalui kaedah bank makanan yang dilakukan oleh badan-badan tertentu melalui sumbangan bank makanan kepada institusi-intitusi pengajian tinggi di Malaysia bagi memenuhi keperluan para pelajar untuk mendapatkan bekalan makanan. Kertas kajian ini juga akan melihat pengurusan yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam pengurusan agihan makanan melalui bank makanan bermula tahun 2019 sehingga kini.