Abstract
Kesepaduan sosial adalah indikator penting bagi mencerminkan situasi aman dan harmoni sesebuah komuniti. Ia merupakan prasyarat kepada kestabilan dalam mendepani sebarang isu yang mencetuskan konflik atas sebab agama dan etnik. Kajian lepas menunjukkan hubungan antara agama dan etnik di Malaysia bersifat turun naik yang digambarkan dalam tiga fasa; era konflik, era stabil tetapi tegang dan era kesepaduan sosial. Makalah ini mebincangkan elemen dan indikator kesepaduan sosial yang membentuk hubungan harmonis antara agama dalam kalangan masyarakat pedalaman Sabah. Elemen kesepaduan sosial boleh diperhatikan melalui sikap toleransi dan sikap penerimaan terhadap isu-isu yang melibatkan hubungan antara agama. Pengumpulan data menggunakan metode kuantitatif dan kualitatif melalui soal selidik, pemerhatian dan temubual bersama informan terpilih di daerah Tambunan dan Tenom, Sabah melibatkan komuniti Muslim dan non-Muslim. Dapatan analisis SPSS secara deskriptif menunjukkan beberapa elemen dan indikator kesepaduan sosial dibina melalui interaksi seharian seperti makan bersama, tinggal bersama, sambutan perayaan, menghadiri upacara pengkebumian, penyediaan makanan untuk sahur dan berbuka puasa, perlaksanaan solat di rumah pihak berbeza agama. Hasil kajian menunjukkan sikap penerimaan dan akomodatif mencatatkan respon tertinggi serta kesediaan penganut pelbagai agama menangani perbezaan dan konflik secara harmonis. Sikap dan perlakuan inilah yang memupuk kesepaduan sosial sehingga terbentuk ahli komuniti masyarakat berbeza agama yang mudah berkompromi dan akomodatif di pedalaman Sabah.
References
- Aiedah A. K. Eating our way to social cohesion. 14 Ogos 2018. https://www.monash.edu.my/research/researchers-say, diakses pada 5 Julai 2019.
- Eric, O. dan Shamsul A. ‘Mamakization’: Measuring Social Cohesion in Malaysian Iconic Eateries. 8 Mac 2018. https://brill.com/view/book/.../B9789004365247-s012.xml?, diakses pada 5 Julai 2019.
- Mohd Husni M. N., “Rusuhan kuil Sri Maha Mariamman bukan isu perkauman – PM” oleh, diakses pada 15 Julai 2019). BH Online 27 November 2018.
- Mohd. Syariefudin A., Mohd Mahadee I. & Mansor M. N.. (2013). Kesepaduan Sosial Dan Kejiranan Di Kawasan Rukun Tetangga, Jurnal Kinabalu, 19, 53-75.
- Sebastian, R and Parameswaran A. (2007). Conversion and Family, Chinese Hare Krsihnas, Journal of Contemporary Religion, 22(3), 341-359.
- Shamsul A. B. (2011). Kesepaduan dalam Kepelbagaian: Perpaduan di Malaysia sebagai work-in-progress. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Stanley, D. (2003). What Do We know about Social Cohesion: The Reseaerch Perspective of the Federal Government’s Social Cohesion Research Network. The Canadian Journal of Sociology, 28 (1), 5-17.
- Suraya S. (2014). Conversion to Islam and Interfaith Marriage in Sabah, Malaysia, Journal Ahfad, 31(1), 46-69.