https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/issue/feed Proceedings Science, Ethics & Civilization 2022-03-01T00:00:00+00:00 Editor-in-Chief majmuah18@gmail.com Open Journal Systems PROCEEDINGS SCIENCE, ETHICS & CIVILIZATION, https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/234 Prakata Editor 2022-02-27T17:32:09+00:00 Azhar Abdul Rahman zaiduitm@gmail.com Jamalia Aurani zaiduitm@gmail.com M. Z. Mohd Zin zaiduitm@gmail.com
Civilization is a manifestation of the brilliant cultural progress of a nation. The more excellence and progress is built, the higher the civilization of the nation. To develop a civilization, the spiritual aspect cannot be sidelined because the inner aspect will shape the view of the universe of the nation that built that civilization. Thus, Malaysia as a Muslim country, of course, makes Islam the main thrust as a guide and driver of progress. In building the civilization of the beloved country, the academics are also always concerned and always together with the government squeezing the thinking to achieve the objectives and strategic planning of the government. The current issues of the country are given full attention and together find solutions through various approaches. Thus, the Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis Branch in collaboration with Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Social Augmented Research Initiative Group (SARIG), joined efforts and energy to make the Science, Ethics and Civilization Conference (KonSEP 2022) a success themed Building Malaysian Families, Towards Sustainable Development Goals.
2022-03-01T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/236 Pengendalian Kes Kesihatan Mental dalam Kalangan Kaunselor Berdaftar di IPTA 2022-02-27T17:49:05+00:00 Ahmad Janaidi Ab Ghani janaidi@uitm.edu.my Azri Bhari zaiduitm@gmail.com Noor Azniza Ishak zaiduitm@gmail.com Wan Naimah Wan Daud zaiduitm@gmail.com
Kesihatan mental adalah keadaan kesejahteraan di mana seseorang individu menyedari keupayaan diri dalam mengurus tekanan hidup, bekerja dengan produktif dan mampu memberi sumbangan kepada komuniti. Ia amat penting pada setiap peringkat kehidupan bermula zaman kanak-kanak dan remaja sehingga dewasa.  Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan yang dijalankan pada tahun 2019 mendapati kira-kira satu per tiga penduduk di Malaysia mengalami masalah kemurungan, dan berlaku peningkatan sebanyak 29.2% atau 4.2 juta rakyat di negara ini berusia 16 tahun ke atas berbanding pada tahun 2006 yang hanya mencatatkan 11.2%. Data tersebut menunjukkan golongan remaja termasuk kelompok pelajar yang berada di institusi pengajian tinggi turut terlibat dengan permasalahan ini. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan yang digunakan oleh para kaunselor berdaftar di Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) dalam mengendalikan kes Kesihatan Mental yang melibatkan pelajar dan staf. Kajian ini penting bagi membantu para kaunselor mengendalikan kes kesihatan mental dengan lebih berkesan menggunakan pendekatan Islam dan Barat. Hasil kajian ini diharap dapat membantu memudahkan proses pengendalian sesi kaunseling individu dan juga kelompok bagi kes kesihatan mental dengan lebih efisyen
2022-03-01T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/239 Prospek Dan Cabaran Institusi Ar-Rahnu Mendepani Pandemik Covid-19 2022-02-27T17:50:44+00:00 Wan Naimah Wan Daud wannaimah@uitm.edu.my Ahmad Janaidi Ab Ghani zaiduitm@gmail.com Nor Azura Zainuddin zaiduitm@gmail.com Noor Aznaim Abd Latib zaiduitm@gmail.com Fadziani Yaakub zaiduitm@gmail.com
Kewujudan institusi Ar-Rahnu di Malaysia yang genap usia tiga dekad telah membuktikan satu tempoh kematangan dalam penawaran perkhidmatan dan kepelbagaian produk Ar-Rahnu merangkumi pelbagai latar belakang institusi samada di institusi perbankan atau bukan perbankan. Objektif utama institusi ini untuk membantu semua lapisan masyarakat yang memerlukan pembiayaan kewangan berasaskan cagaran emas.  Bertepatan dengan situasi negara yang sedang berdepan dengan pandemik Covid-19, institusi Ar-Rahnu dilihat mempunyai prospek yang lebih besar dalam penawaran perkhidmatan mikro kredit kepada golongan yang terkesan. Penawaran perkhidmatan gadaian secara Islam ini membolehkan masyarakat untuk menggadaikan emas mereka bagi mendapatkan sejumlah wang untuk menampung keperluan hidup dalam situasi kewangan yang sukar.  Namun begitu, institusi ini juga berhadapan dengan beberapa cabaran dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.  Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan untuk menyoroti perkembangan dan prospek Ar-Rahnu serta mengkaji cabaran dalam pelaksanaannya di Malaysia. Berdasarkan analisis tekstual, dapatan menunjukkan permintaan masyarakat terhadap produk Ar-Rahnu semakin meningkat dalam memenuhi keperluan kehidupan yang semakin mendesak terutama  dalam situasi pandemik. Di samping itu, terdapat juga beberapa cabaran yang dihadapi oleh institusi Ar-Rahnu dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Diharapkan kertas kerja ini dapat menganalisa prospek dan cabaran yang dihadapi oleh institusi Ar-Rahnu bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan institusi tersebut.

The existence of the Ar-Rahnu institution in Malaysia which is three decades old has proved a period of maturity in the provision of services and the diversity of Ar-Rahnu products covering various institutional backgrounds whether in banking or non-banking institutions. The main objective of this institution is to help all walks of life who need financial financing based on gold collateral. Coinciding with the situation of the country facing the Covid-19 pandemic, the Ar-Rahnu institution is seen to have greater prospects in offering micro credit services to the affected groups. This Islamic mortgage service offering allows the community to mortgage their gold to earn a certain amount of money to cover the necessities of life in difficult financial situations. However, the institution also faces some challenges in providing the best services. Therefore, this paper aims to highlight the development and prospects of Ar-Rahnu as well as examine the challenges in its implementation in Malaysia. Based on the textual analysis, the findings show that the community's demand for Ar-Rahnu products is increasing in meeting the increasingly urgent needs of life, especially in pandemic situations. It is hoped that this paper can analyze the prospects and challenges faced by the Ar-Rahnu institution to further improve the quality of services of the institution
2022-03-01T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/240 Peranan Pendidikan Al QuranTerhadap Pembentukan Keluarga Bahagia 2022-02-27T17:53:45+00:00 Mardziah Abdullah Pakri marnpakri@gmail.com Sabariah Md Yussof sabariahmdyussof@gmail.com
Pendidikan al quran adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, guru, masyarakat dan pemerintah di mana ia dapat menenangkan hati dan berperanan dalam pembentukan keluarga bahagia. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti kajian konsep berdasarkan kajian-kajian lepas bagi peranan pendidikan al Quran terhadap pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua pasangan yang berkahwin. Kajian konsep ini mendapati pendidikan al quran adalah pendidikan sepanjang hayat sebagai petunjuk kepada manusia termasuk dalam institusi kekeluargaan, bukti kebenaran ajaran Islam dan pembeza antara yang benar dan yang salah. Namun pengabaian pendidikan al Quran boleh menyebabkan keruntuhan keluarga dan menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat yang boleh menjejaskan kualiti hidup manusia.
2022-03-01T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/242 Pembangunan Belia Malaysia dan Sustainable Development Goals (SDG) 2022-02-27T23:19:54+00:00 Mohd Hidayat Mahadi mohdhidayat1985@gmail.com Muhammad Hilmi Jalil zaiduitm@gmail.com Ahmad Munawar Ismail zaiduitm@gmail.com Nasif Sidquee Pauzi zaiduitm@gmail.com
Golongan belia Malaysia merupakan kumpulan demografi yang sangat signifikan dalam menentukan halatuju pembangunan negara. Malaysia juga adalah antara negara yang telah menandatangani dan bersetuju untuk mencapai Sustainable Development Goals (SDG) yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Namun realitinya, belia di Malaysia khususnya pada hari ini didapati menyimpang jauh dari nilai-nilai positif sebagaimana yang dipelajari di mana-mana institusi pendidikan. Hal ini boleh didapati dalam laporan media massa dan juga media sosial yang saban hari memaparkan permasalahan sosial dalam kalangan remaja yang begitu serius. Justeru, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan, adalah perlu bagi pembangunan belianya mengikut perspektif Islam dan kepimpinan, seiring dengan cita-cita untuk mencapai Sustainable Development Goals (SDG). Komuniti pembangunan global di bawah kepimpinan PBB telah mengumumkan Sustainable Development Goals pada hujung tahun 2015 apabila Millenium Development Goals yang dilaksanakan sebelum ini tidak dapat dicapai sepenuhnya. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis pembangunan belia Malaysia dan peranan mereka dalam mencapai Sustainable Development Goals (SDG) menurut perspektif Islam dan kepimpinan. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif, di mana data dikumpul melalui dokumen-dokumen dan dianalisis menggunakan metode analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa belia memainkan peranan yang signifikan dalam mencapai Sustainable Development Goals (SDG) di Malaysia. Kajian ini diharap dapat membantu pihak-pihak yang berkepentingan untuk menitikberatkan aspek Islam dan kepimpinan dalam pembangunan belia selaras dengan matlamat SDG yang bakal dicapai pada tahun 2030.
2022-03-01T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/197 Penglibatan Belia dalam Aktiviti Kesukarelawan di Malaysia: Sumbangan dan Peranan 2022-02-27T23:22:07+00:00 Solihah Yahya Zikri solihahhyza@gmail.com Khalid Ismail khalidismail@uitm.edu.my Abdul Salam Zulkifli abdulsalam@uitm.edu.my Nadiyah Hashim nadiyah@uitm.edu.my Noor Azura Zainuddin noorazura@uitm.edu.my
Sikap kesukarelawan pada awalnya disebabkan tanggungjawab dalam diri setiap individu terhadap agama dan perasaan ingin menolong masyarakat yang sangat tinggi. Terdapat beberapa perkara yang mendorong golongan belia untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan seperti tragedi bencana alam, kemelesetan ekonomi, peperangan dan konflik politik. Disebabkan itu, konsep kesukarelawanan bukan hanya bersikap lokaliti dan setempat tetapi ianya juga bersifat global yang merentasi sempadan negara, kaum, budaya, agama dan masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk menilai dan membuat prinsip umum dari dapatan kajian bagi mengenalpasti gambaran jelas tentang faktor-faktor penglibatan para belia kepada aktiviti kesukarelawanan, impak penglibatan belia terhadap penglibatan mereka didalam aktiviti kesukarelawanan dan juga manfaat yang boleh diperolehi terhadap pembangunan negara di Malaysia. Kajian perpustakaan akan dilakukan untuk menganalisis artikel dan jurnal mengenai kepentingan penglibatan belia dalam kegiatan kesukarelawan. Apa yang boleh disimpulkan, pada peringkat awal lagi belia haruslah menerapkan semangat kesukarelawan. Hal ini kerana, belia merupakan pewaris dan bakal pemimpin negara dalam pembangunan Malaysia pada masa akan datang
2022-03-01T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/243 Pengaruh Islam dan Geometri Pada Motif dan Corak Songket Melayu 2022-02-27T23:23:36+00:00 Masnira Ramli masnira@uitm.edu.my Suziana Aida Othman zaiduitm@gmail.com W. Nurfahizul Ifwah W. Alias zaiduitm@gmail.com Wan Nurul Husna Wan Nordin zaiduitm@gmail.com Aimi Zulliyana Rosli zaiduitm@gmail.com
Etnomatematik adalah satu bidang penyelidikan matematik yang mempunyai hubungkait dengan sesuatu budaya dan etnik. Ia mengaitkan pemahaman antara dua cabang yang berbeza iaitu pemahaman matematik dan pemahaman budaya, dimana kedua-duanya banyak memberi fungsi pada kehidupan kita selama ini. Penulisan ini bertujuan meneroka pengaruh agama dan ilmu matematik iaitu geometri terhadap motif dan juga corak songket. Perkembangan budaya melayu boleh dilihat melalui motif songket dimana ianya banyak dipengaruhi oleh persekitaran termasuklah agama dan konsep matematik seperti geometri. Dalam olahan motif songket, secara sedar mahupun tidak, pendekatan agama, budaya dan ilmu seperti matematik, khususnya geometri digunakan untuk menghasilkan dan mengekalkan satu karya seni dalam budaya melayu. Seiring perkembangan agama dan ilmu di Tanah Melayu, motif dan corak songket berubah mengikut kepercayaan dan pengaruh ilmu. Dapatan kajian menunjukkan, adanya pengaruh islam dan ciri-ciri asas geometri pada motif dan juga corak songket, dan adanya persamaan konsep geometri dalam seni bina islam dan songket.
2022-03-01T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/148 Urban Farming 2022-02-27T23:49:21+00:00 Muhammad Sallehudin Ali muhammadsallehudinuitm@gmail.com Nur Badriyah Kamarul Zaman zaiduitm@gmail.com Nur Maizatul Idayu Othman zaiduitm@gmail.com
The agriculture sector is the most important sector that determines food security. However, agriculture sector is constantly faced with various challenges that lead to unsustainable food supply and directly threaten food security in the country. The foremost challenges faced by this sector are climate change, shrinking of agriculture areas due to pressure from rapid development of industrial areas and environmental degradation leading to unsustainable agriculture. To address all of these challenges, the Sustainable Development Goals 2 (SDG2), are designed to tackle food insecurity and malnutrition while ensuring farmer’s wellbeing. The new National Agrofood Policy 2021-2030 (DAN 2.0), of which the implementation period is in line with the Sustainable Development Agenda, aims to continue the development agenda of the national agro-food sector with particular emphasis on improving the country’s food security. Urban farming is a new approach in agricultural activities that is believed to be able to overcome these challenges and thus ensure food security. Therefore, the purpose of this review paper is to review the effectiveness of the urban farming activity as the effort to strengthen food security all over the world. The review is based on the integration of several past academic journals and articles discussing on the benefits of urban farming in improving food security.
2022-03-01T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/198 Unit Zakat Sedekah Wakaf: Adaptasi Peranannya Dalam Mengendalikan Dana Zakat Bagi Pembangunan Pendidikan Norma Baru Golongan Asnaf Fisabilillah Uitm Cawangan Kelantan 2022-02-27T23:50:25+00:00 Zanirah Mustafa@Busu zanir126@uitm.edu.my Nor Asmira Mat Jusoh zaiduitm@gmail.com Noraini Junuh zaiduitm@gmail.com Norazmila Yusof zaiduitm@gmail.com Ahmad Mursyidi Mustapha zaiduitm@gmail.com Mohd Nazri Mat Zin zaiduitm@gmail.com Nurul Hidayah Awang@Ab Rahman zaiduitm@gmail.com Nurul Izzah Noor Zainan zaiduitm@gmail.com Nik Muniyati Nik Din zaiduitm@gmail.com Mohd Khairul Anuar Ismail zaiduitm@gmail.com
Kejayaan zakat dalam sesebuah institusi amat perlu kepada urus tadbir yang adil kerana tanggungjawab tersebut adalah amanah. Dengan pengurusan yang adil, dana zakat mampu membantu mencapai ekonomi berpendapatan tinggi kerana aktiviti zakat itu sendiri dapat merangsang pertumbuhan ekonomi seluruh masyarakat di Malaysia. Dana zakat institusi pendidikan tinggi juga adalah salah satu cara yang dapat membantu meningkatkan kebajikan universiti. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kebolehupayaan perlaksanaan penubuhan universiti zakat di Malaysia dan dapat mengkaji cara yang paling berkesan dalam perlaksanaan pembangunan universiti di Malaysia dengan menggunakan dana zakat. Pendedahan kajian ini juga bertujuan untuk melahirkan dan menzahirkan pembangunan institusi zakat dengan lebih produktif dan berwibawa serta dapat membantu para institusi dalam kemajuan pendidikan pada masa yang akan datang. Kajian ini diperlukan supaya penyelidikan tersebut dapat dilakukan dengan terperinci dan dikhususkan kepada para institusi yang berkelayakan untuk menerima zakat. Metodologi kajian secara kualitatif digunakan iaitu melalui keperpustakaan, temubual, dokumentasi dan penelitian yang digunakan untuk mengumpulkan data maklumat yang berkaitan. Kajian ini juga berdasarkan analisis-analisis kajian lepas melalui jurnal dan laman sesawang. Hasil kajian ini, memberikan gambaran ringkas sejauh mana proses dana zakat yang diberikan kepada para institusi. Akhirnya, keperluan kepada tadbir urus yang baik dan cekap oleh unit zakat adalah amat diutamakan kerana ia dapat memperkembang dan memperbangun dana zakat dengan lebih cepat dan peranan zakat di institusi pengajian tinggi adalah amat diperlukan
2022-03-01T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/202 Health Informatics 2022-02-27T23:52:22+00:00 Nik Azliza Nik Ariffin nikazliza75@gmail.com Alwi Mohd Yunus alwiyunus@gmail.com Syamsuriansyah Syamsuriansyah sam_ptk@yahoo.com Irwan Kamaruddin Abdul Kadir irwan.kadir@gmail.com
Health Informatics is the practice of acquiring, studying and managing health data, and applying medical concepts in conjunction with information technology systems to assist clinicians in providing better healthcare. Health informatics, on the other hand, isn't just about making healthcare more efficient. Health technologies are also being employed in life-saving research endeavors. Patient care is one of the most important methods to measure success in the healthcare industry. This statistic is critical for verifying that present methods and procedures are effective and identifying those that are not and should be changed accordingly. It is often defined as the achievement of care goals — from both a provider and a patient perspective. Measuring patient outcomes yields vast data sets that can be utilized to enhance outcomes in a variety of ways. In this process, health informatics can play a crucial role. Professionals may use data to improve processes, identify at-risk patients, increase efficiency, and promote research, all in the pursuit of better patient outcomes, by correctly collecting, evaluating, and utilizing these numbers.
2022-03-01T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/182 Pembentukan Personaliti SeimbangBerdasarkan Akhlak Islam: Panduan Berdasarkan Al Quran dan As- Sunnah 2022-02-27T23:52:53+00:00 Syafiqah Solehah Ahmad ahmadrhudua@gmail.com Lukman Hakimi zaiduitm@gmail.com Mohd Farid Hafidz zaiduitm@gmail.com Tengku Sarina Aini zaiduitm@gmail.com
Dewasa ini pelbagai isu yang dimainkan di media massa berkenaan sahsiah dan akhlak umat Islam terutamanya generasi muda. Perkara ini memberikan impak negatif kepada umat Islam di seluruh dunia secara umumnya dan tidak terkecuali kepada masyarat Islam di Malaysia. Dalam masa yang sama, umat Islam jelas bahawa Rasulullah telah meninggalkan dua perkara yang mana jika umat Islam berpegang padanya, maka tidak akan terpesong daripada landasan Islam iaitu Al- Quran dan As- Sunnah. Kedua- duanya telah menjadi panduan kepada umat Islam dalam menjalankan kehidupan seharian yang sempurna dalam pelbagai aspek kehidupan.

Dalam menangani perkara ini, umat Islam perlunya kepada pembentukan personaliti yang seimbang dengan menerapkan sahsiah dan akhlak Islamiyah dalam diri mereka. Personaliti itu sendiri mempunyai pelbagai definisi dan dalam penulisan ini, terdapat beberapa konsep utama yang diketengahkan berdasarkan definisi personaliti itu sendiri. Empat konsep utama yang dibincangkan adalah penampilan, komunikasi, tingkah laku dan emosi. Keempat- empat aspek ini penting bagi melihat bagaimana pembentukan personaliti individu Muslim berdasarkan sahsiah dan akhlak Islamiyah bagi melahirkan individu muslim yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial sebagaimana yang dititik beratkan dalam sistem pendidikan di Malaysia dan menjadi matlamat utama para pendidik dan penuntut ilmu.

2022-03-01T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/200 Pendidikan Asnaf Fakir dan Miskin Melalui Sinergi Dana Zakat dalam Membasmi Keciciran 2022-02-27T23:54:02+00:00 Nor Asmira Mat Jusoh asmira_jusoh@yahoo.com
Pendidikan merupakan salah satu kaedah atau tiket penting yang dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan individu daripada kepompong kemiskinan. Disebabkan oleh kepentingan pendidikan ini, maka institusi zakat giat memainkan peranan dalam menyalurkan dana zakat dalam bentuk bantuan pendidikan kepada golongan asnaf bagi memastikan golongan ini mendapat peluang pendidikan dan berjaya seperti orang lain. Masalah  dalam  pendidikan terutama masalah keciciran dalam kalangan pelajar sering berlaku dan beberapa faktor telah dikenalpasti sebagai punca keciciran, antarnya adalah faktor kewangan. Terdapat beberapa kes dilaporkan pada awal tahun 2013 termasuklah kes keciciran dalam pelajaran kerana gagal melunaskan yuran persekolahan. Justeru itu, artikel ini bertujuan mengemukakan isu-isu dan cadangan dalam kajian-kajian lalu berkenaan isu-isu peranan institusi zakat membangunkan aspek pendidikan dalam kalangan asnaf fakir dan miskin. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti peranan yang boleh dimainkan oleh institusi zakat kepada golongan asnaf ini di samping melihat dan menilai semula skim dan bantuan pendidikan tersebut sama ada ia dilihat dapat membantu membangunkan ekonomi asnaf seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang berpendapatan tinggi secara khususnya. Methodologi yang digunakan adalah  kaedah kualitatif iaitu menggunakan kaedah kajian dokumen berbentuk kajian perpustakaan. Ini dilakukan bagi mendapatkan sumber-sumber ilmu dan maklumat awal secara menganalisis artikel-artikel ilmiah yang telah dikarang oleh pengkaji-pengkaji lalu. Justeru, perbincangan dan kajian tentang keberkesanan zakat pendidikan khususnya tentang peranan institusi zakat terhadap pendidikan asnaf perlu dikembang luaskan. Diharapkan kajian ini dapat memberi gambaran kepada masyarakat terhadap usaha yang telah dilakukan oleh institusi zakat dalam membantu fakir dan miskin dalam pembangunan pendidikan dan implikasinya terhadap ekonomi negara iaitu ke arah ekonomi yang berpendapatan tinggi.
2022-03-01T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/245 Kemahiran Memahami Aqsaam Maa’ni petikan Kitab Hasyiyah al- Bajuri ala Syarhi al-Allamah Ibn Qasim al-Ghazi ala Matn Abi Syuja’ Di Kalangan Pelajar tahun tiga Universiti Sains Islam Malaysia 2022-02-28T00:27:30+00:00 Rabiah Abdul Rahman rabiah@usim.edu.my
Kemahiran memahami merupakan kemahiran yang penting dalam menguasai suatu petikan khususnya petikan kitab turath. Kajian ini bertujuan mengkaji kemahiran memahami aqsaam maa’ni daripada petikan kitab Hasyiyah al- Bajuri ala syarhi allamah ibn Qasim al-Ghazi ala matn abi Syuja’di kalangan pelajar tahun tiga Universiti Sains Islam Malaysia. Kajian dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen, pemerhatian, dan soal selidik terhadap pelajar tahun ketiga Sarjana Muda Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Sarjana Muda Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Sarjana Muda Fakulti Syariah dan Undang- Undang, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa kemahiran memahami dengan mengaplikasikan method yang betul amat signifikan dalam  memahami aqsaam maa’ni petikan kitab Hasyiyah al- Bajuri ala Ibn Qasim al- Ghazi. Kitab ini merupakan salah satu kitab turath yang menjadi rujukan utama dalam bidang ilmu fiqh
2022-03-01T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/154 The Development of Islamic Educational Institutions in Kedah 2022-02-28T00:28:42+00:00 Rukhaiyah Abd. Wahab rukhaiyahaw@uum.edu.my Shukri Ahmad shuk494@uum.edu.my
The current provision of Islamic education in Kedah is very different now from that of which the Malays generation received. The emergence of Muslim intellectual, modernisation and globalisation has given a significant impact to the development of Islamic education in Kedah. In fact, Kedah is not being recognised as a popular pondok institution per se, as it also has a remarkable evolvement of the Islamic education provision and institutions. Indeed, the modernizing of Muslim education has resulted in four main outcomes: an increased variety of Muslim educational institutions; transformations in madrasahs and Islamic higher education through modern social and intellectual developments; state efforts to reform and modernise Islamic education; and changes undertaken for the future of Islamic education in an age of globalisation and pluralisation. Today, Kedah has a number of Islamic education institutions which begin from primary and secondary level such as Islamic schools, up to the tertiary level such as Islamic colleges and university. Based on the gathered literatures, it was revealed that Islamic educational institutions seemingly succeeded as the best approach to inculcate Islamic values and Islamic awareness among people. It had influenced a lifestyle of Malays for many generations by constantly providing a powerful moral concern that maintained order in society until the present day.
2022-03-01T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/139 Hakka Consciousness in Malaysia: The Perpetuance and the Decline 2022-02-28T00:29:09+00:00 Yee Mun Chin chinym@utar.edu.my Yun Fah Chang yunfah.chang@taylors.edu.my
Most Chinese in Malaysia are descendants of Chinese immigrants who fled China in the 19th century in search of a better livelihood. When they arrived, the brought with them their identity that to a certain extent affected how they lived. Hakka is one of the sub-ethnic identities brought by them. In the beginning, the identity played important roles – as an identity marker that eventually enabled the Hakka to act as a collective group. However, the identity is on the decline. This paper attempts to elaborate the factors that enabled the identity to perpetuate and also the reasons that are causing it to decline. Past literatures related to the study of the Hakka community in Malaysia were reviewed. Based on the reviews, it is discovered that identity, just like any other cultural items will diminish if the community that adopts it see it as no longer relevant if it does serve the community needs while the community interacts with its social world.
2022-03-01T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement## https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/196 Pembangunan Akidah Orang Asal di Malaysia: Isu dan Cabaran 2022-02-28T00:29:43+00:00 Noraini Junoh norainijunoh@uitm.edu.my Ahmad Murshidi Mustapha ahmadmurshidi@uitm.edu.my Mohd Nazri Mat Zin nazri743@uitm.edu.my Affendi Ismail affendi293@uitm.edu.my Wan Zurina Nik Abdul Majid wzurina@uitm.edu.my Zanirah Mustafa@Busu zanir126@uitm.edu.my
Kajian berkaitan dengan masyarakat Orang Asal menjadi penyumbang kepada pembangunan mereka selaras kemajuan semasa. Pembangunan negara tidak mengenepikan golongan ini sekalipun struktur kehidupan mereka berbeza dengan masyarakat perdana. Kerencaman kajian terhadap golongan ini bukan sahaja dalam aspek kemajuan fizikal dan pembangunan masyarakat semata-mata, bahkan elemen agama turut dikaji bagi menilai kepercayaan dan amalan mereka. Antara usaha yang telah dilakukan terhadap kemurnian akidah masyarakat Asal ialah dakwah oleh pihak-pihak tertentu dengan pendekatan serta modul yang khusus. Namun tidak dinafikan bahawa kelompangan dan kekurangan masih wujud disebabkan faktor-faktor yang pelbagai, antaranya kekangan masa, pegangan kuat terhadap adat dan budaya dan sebagainya. Justeru, kajian ini meninjau isu dan cabaran dalam pembangunan akidah Orang Asal di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kajian perpustakaan dan lapangan. Hasil kajian mendapati komuniti Orang Asal masih lagi terbelenggu dengan beberapa isu yang masih perlu diselesaikan terutama akidah dan kepercayaan dengan anutan kepada agama-agama luar dan animisme. Walaupun pelbagai program dan modul telah dilaksanakan oleh pelbagai institusi atau agensi yang terlibat, namun masalah akidah Orang Asal masih lagi menjadi isu yang belum selesai. Hal ini disebabkan kekurangan pengisian kerohanian yang berterusan dan modul yang ada hanya tertumpu pada aspek pedagogi dan tidak memfokuskan kepada subjek akidah secara terperinci. Maka, kajian lanjut mengenai akidah Orang Asal di Malaysia perlu dilaksanakan supaya pembangunan mereka seiring dengan pembangunan material dan spiritual.
2022-03-01T00:00:00+00:00 ##submission.copyrightStatement##