Pengaruh Islam dan Geometri Pada Motif dan Corak Songket Melayu

  • Masnira Ramli Fakulti Sains Komputer dan Matematiki, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 18500 Kampus Mahang, Kelantan
  • Suziana Aida Othman Fakulti Sains Komputer dan Matematiki, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 18500 Kampus Mahang, Kelantan
  • W. Nurfahizul Ifwah W. Alias Fakulti Sains Komputer dan Matematiki, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 18500 Kampus Mahang, Kelantan
  • Wan Nurul Husna Wan Nordin Fakulti Sains Komputer dan Matematiki, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 18500 Kampus Mahang, Kelantan
  • Aimi Zulliyana Rosli Fakulti Sains Komputer dan Matematiki, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 18500 Kampus Mahang, Kelantan
Keywords: ethnomatematik; agama Islam; songket; motif; corak; geometri

Abstract

Etnomatematik adalah satu bidang penyelidikan matematik yang mempunyai hubungkait dengan sesuatu budaya dan etnik. Ia mengaitkan pemahaman antara dua cabang yang berbeza iaitu pemahaman matematik dan pemahaman budaya, dimana kedua-duanya banyak memberi fungsi pada kehidupan kita selama ini. Penulisan ini bertujuan meneroka pengaruh agama dan ilmu matematik iaitu geometri terhadap motif dan juga corak songket. Perkembangan budaya melayu boleh dilihat melalui motif songket dimana ianya banyak dipengaruhi oleh persekitaran termasuklah agama dan konsep matematik seperti geometri. Dalam olahan motif songket, secara sedar mahupun tidak, pendekatan agama, budaya dan ilmu seperti matematik, khususnya geometri digunakan untuk menghasilkan dan mengekalkan satu karya seni dalam budaya melayu. Seiring perkembangan agama dan ilmu di Tanah Melayu, motif dan corak songket berubah mengikut kepercayaan dan pengaruh ilmu. Dapatan kajian menunjukkan, adanya pengaruh islam dan ciri-ciri asas geometri pada motif dan juga corak songket, dan adanya persamaan konsep geometri dalam seni bina islam dan songket.

Published
2022-03-01
How to Cite
Ramli, M., Othman, S., W. Alias, W. N., Wan Nordin, W. N., & Rosli, A. Z. (2022). Pengaruh Islam dan Geometri Pada Motif dan Corak Songket Melayu. Proceedings Science, Ethics & Civilization, 1(1), 37-41. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/243