Pembangunan Belia Malaysia dan Sustainable Development Goals (SDG)

Satu Analisis Kritis dari Perspektif Islam dan Kepimpinan

  • Mohd Hidayat Mahadi Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. 43600 Bangi, Selangor
  • Muhammad Hilmi Jalil Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. 43600 Bangi, Selangor
  • Ahmad Munawar Ismail Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Univerisiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor
  • Nasif Sidquee Pauzi Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban 3, Persiaran Seremban Tiga 1, Seremban 3, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Keywords: belia Malaysia, sustainable development goals,Islam, kepimpinan

Abstract

Golongan belia Malaysia merupakan kumpulan demografi yang sangat signifikan dalam menentukan halatuju pembangunan negara. Malaysia juga adalah antara negara yang telah menandatangani dan bersetuju untuk mencapai Sustainable Development Goals (SDG) yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Namun realitinya, belia di Malaysia khususnya pada hari ini didapati menyimpang jauh dari nilai-nilai positif sebagaimana yang dipelajari di mana-mana institusi pendidikan. Hal ini boleh didapati dalam laporan media massa dan juga media sosial yang saban hari memaparkan permasalahan sosial dalam kalangan remaja yang begitu serius. Justeru, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan, adalah perlu bagi pembangunan belianya mengikut perspektif Islam dan kepimpinan, seiring dengan cita-cita untuk mencapai Sustainable Development Goals (SDG). Komuniti pembangunan global di bawah kepimpinan PBB telah mengumumkan Sustainable Development Goals pada hujung tahun 2015 apabila Millenium Development Goals yang dilaksanakan sebelum ini tidak dapat dicapai sepenuhnya. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis pembangunan belia Malaysia dan peranan mereka dalam mencapai Sustainable Development Goals (SDG) menurut perspektif Islam dan kepimpinan. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif, di mana data dikumpul melalui dokumen-dokumen dan dianalisis menggunakan metode analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa belia memainkan peranan yang signifikan dalam mencapai Sustainable Development Goals (SDG) di Malaysia. Kajian ini diharap dapat membantu pihak-pihak yang berkepentingan untuk menitikberatkan aspek Islam dan kepimpinan dalam pembangunan belia selaras dengan matlamat SDG yang bakal dicapai pada tahun 2030.

Published
2022-03-01
How to Cite
Mahadi, M. H., Jalil, M. H., Ismail, A. M., & Pauzi, N. S. (2022). Pembangunan Belia Malaysia dan Sustainable Development Goals (SDG). Proceedings Science, Ethics & Civilization, 1(1), 21-29. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/242