Peranan Pendidikan Al QuranTerhadap Pembentukan Keluarga Bahagia

  • Mardziah Abdullah Pakri Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  • Sabariah Md Yussof Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Keywords: Pendidikan al Quran, Keluarga Bahagia

Abstract

Pendidikan al quran adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, guru, masyarakat dan pemerintah di mana ia dapat menenangkan hati dan berperanan dalam pembentukan keluarga bahagia. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti kajian konsep berdasarkan kajian-kajian lepas bagi peranan pendidikan al Quran terhadap pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua pasangan yang berkahwin. Kajian konsep ini mendapati pendidikan al quran adalah pendidikan sepanjang hayat sebagai petunjuk kepada manusia termasuk dalam institusi kekeluargaan, bukti kebenaran ajaran Islam dan pembeza antara yang benar dan yang salah. Namun pengabaian pendidikan al Quran boleh menyebabkan keruntuhan keluarga dan menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat yang boleh menjejaskan kualiti hidup manusia.

Published
2022-03-01
How to Cite
Abdullah Pakri, M., & Md Yussof, S. (2022). Peranan Pendidikan Al QuranTerhadap Pembentukan Keluarga Bahagia. Proceedings Science, Ethics & Civilization, 1(1), 13-20. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/240