Prospek Dan Cabaran Institusi Ar-Rahnu Mendepani Pandemik Covid-19

Prospects and Challenges of the Ar-Rahnu Institution Facing the Covid-19 Pandemic

  • Wan Naimah Wan Daud Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia
  • Ahmad Janaidi Ab Ghani Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia
  • Nor Azura Zainuddin Universiti Teknologi MARA CawanganPerlis, 02600 Arau Perlis, Malaysia
  • Noor Aznaim Abd Latib Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia
  • Fadziani Yaakub Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia
Keywords: Prospect; Challenges; Execution of Ar-Rahnu; Pandemic Covid-19

Abstract

Kewujudan institusi Ar-Rahnu di Malaysia yang genap usia tiga dekad telah membuktikan satu tempoh kematangan dalam penawaran perkhidmatan dan kepelbagaian produk Ar-Rahnu merangkumi pelbagai latar belakang institusi samada di institusi perbankan atau bukan perbankan. Objektif utama institusi ini untuk membantu semua lapisan masyarakat yang memerlukan pembiayaan kewangan berasaskan cagaran emas.  Bertepatan dengan situasi negara yang sedang berdepan dengan pandemik Covid-19, institusi Ar-Rahnu dilihat mempunyai prospek yang lebih besar dalam penawaran perkhidmatan mikro kredit kepada golongan yang terkesan. Penawaran perkhidmatan gadaian secara Islam ini membolehkan masyarakat untuk menggadaikan emas mereka bagi mendapatkan sejumlah wang untuk menampung keperluan hidup dalam situasi kewangan yang sukar.  Namun begitu, institusi ini juga berhadapan dengan beberapa cabaran dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.  Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan untuk menyoroti perkembangan dan prospek Ar-Rahnu serta mengkaji cabaran dalam pelaksanaannya di Malaysia. Berdasarkan analisis tekstual, dapatan menunjukkan permintaan masyarakat terhadap produk Ar-Rahnu semakin meningkat dalam memenuhi keperluan kehidupan yang semakin mendesak terutama  dalam situasi pandemik. Di samping itu, terdapat juga beberapa cabaran yang dihadapi oleh institusi Ar-Rahnu dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Diharapkan kertas kerja ini dapat menganalisa prospek dan cabaran yang dihadapi oleh institusi Ar-Rahnu bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan institusi tersebut.

The existence of the Ar-Rahnu institution in Malaysia which is three decades old has proved a period of maturity in the provision of services and the diversity of Ar-Rahnu products covering various institutional backgrounds whether in banking or non-banking institutions. The main objective of this institution is to help all walks of life who need financial financing based on gold collateral. Coinciding with the situation of the country facing the Covid-19 pandemic, the Ar-Rahnu institution is seen to have greater prospects in offering micro credit services to the affected groups. This Islamic mortgage service offering allows the community to mortgage their gold to earn a certain amount of money to cover the necessities of life in difficult financial situations. However, the institution also faces some challenges in providing the best services. Therefore, this paper aims to highlight the development and prospects of Ar-Rahnu as well as examine the challenges in its implementation in Malaysia. Based on the textual analysis, the findings show that the community's demand for Ar-Rahnu products is increasing in meeting the increasingly urgent needs of life, especially in pandemic situations. It is hoped that this paper can analyze the prospects and challenges faced by the Ar-Rahnu institution to further improve the quality of services of the institution

Published
2022-03-01
How to Cite
Wan Daud, W. N., Ab Ghani, A. J., Zainuddin, N. A., Abd Latib, N. A., & Yaakub, F. (2022). Prospek Dan Cabaran Institusi Ar-Rahnu Mendepani Pandemik Covid-19. Proceedings Science, Ethics & Civilization, 1(1), 06-12. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/239