Pengendalian Kes Kesihatan Mental dalam Kalangan Kaunselor Berdaftar di IPTA

  • Ahmad Janaidi Ab Ghani Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia
  • Azri Bhari Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia
  • Noor Azniza Ishak Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok Kedah, Malaysia
  • Wan Naimah Wan Daud Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia
Keywords: Pengendalian kes kesihatan Mental; kaunselor berdaftar dan IPTA

Abstract

Kesihatan mental adalah keadaan kesejahteraan di mana seseorang individu menyedari keupayaan diri dalam mengurus tekanan hidup, bekerja dengan produktif dan mampu memberi sumbangan kepada komuniti. Ia amat penting pada setiap peringkat kehidupan bermula zaman kanak-kanak dan remaja sehingga dewasa.  Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan yang dijalankan pada tahun 2019 mendapati kira-kira satu per tiga penduduk di Malaysia mengalami masalah kemurungan, dan berlaku peningkatan sebanyak 29.2% atau 4.2 juta rakyat di negara ini berusia 16 tahun ke atas berbanding pada tahun 2006 yang hanya mencatatkan 11.2%. Data tersebut menunjukkan golongan remaja termasuk kelompok pelajar yang berada di institusi pengajian tinggi turut terlibat dengan permasalahan ini. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan yang digunakan oleh para kaunselor berdaftar di Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) dalam mengendalikan kes Kesihatan Mental yang melibatkan pelajar dan staf. Kajian ini penting bagi membantu para kaunselor mengendalikan kes kesihatan mental dengan lebih berkesan menggunakan pendekatan Islam dan Barat. Hasil kajian ini diharap dapat membantu memudahkan proses pengendalian sesi kaunseling individu dan juga kelompok bagi kes kesihatan mental dengan lebih efisyen

Published
2022-03-01
How to Cite
Ab Ghani, A. J., Bhari, A., Ishak, N. A., & Wan Daud, W. N. (2022). Pengendalian Kes Kesihatan Mental dalam Kalangan Kaunselor Berdaftar di IPTA. Proceedings Science, Ethics & Civilization, 1(1), 01-05. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/236

Most read articles by the same author(s)