Pendidikan Asnaf Fakir dan Miskin Melalui Sinergi Dana Zakat dalam Membasmi Keciciran

  • Nor Asmira Mat Jusoh ACIS UiTM Cawangan Kelantan
Keywords: zakat; pendidikan; asnaf

Abstract

Pendidikan merupakan salah satu kaedah atau tiket penting yang dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan individu daripada kepompong kemiskinan. Disebabkan oleh kepentingan pendidikan ini, maka institusi zakat giat memainkan peranan dalam menyalurkan dana zakat dalam bentuk bantuan pendidikan kepada golongan asnaf bagi memastikan golongan ini mendapat peluang pendidikan dan berjaya seperti orang lain. Masalah  dalam  pendidikan terutama masalah keciciran dalam kalangan pelajar sering berlaku dan beberapa faktor telah dikenalpasti sebagai punca keciciran, antarnya adalah faktor kewangan. Terdapat beberapa kes dilaporkan pada awal tahun 2013 termasuklah kes keciciran dalam pelajaran kerana gagal melunaskan yuran persekolahan. Justeru itu, artikel ini bertujuan mengemukakan isu-isu dan cadangan dalam kajian-kajian lalu berkenaan isu-isu peranan institusi zakat membangunkan aspek pendidikan dalam kalangan asnaf fakir dan miskin. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti peranan yang boleh dimainkan oleh institusi zakat kepada golongan asnaf ini di samping melihat dan menilai semula skim dan bantuan pendidikan tersebut sama ada ia dilihat dapat membantu membangunkan ekonomi asnaf seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang berpendapatan tinggi secara khususnya. Methodologi yang digunakan adalah  kaedah kualitatif iaitu menggunakan kaedah kajian dokumen berbentuk kajian perpustakaan. Ini dilakukan bagi mendapatkan sumber-sumber ilmu dan maklumat awal secara menganalisis artikel-artikel ilmiah yang telah dikarang oleh pengkaji-pengkaji lalu. Justeru, perbincangan dan kajian tentang keberkesanan zakat pendidikan khususnya tentang peranan institusi zakat terhadap pendidikan asnaf perlu dikembang luaskan. Diharapkan kajian ini dapat memberi gambaran kepada masyarakat terhadap usaha yang telah dilakukan oleh institusi zakat dalam membantu fakir dan miskin dalam pembangunan pendidikan dan implikasinya terhadap ekonomi negara iaitu ke arah ekonomi yang berpendapatan tinggi.

Published
2022-03-01
How to Cite
Mat Jusoh, N. (2022). Pendidikan Asnaf Fakir dan Miskin Melalui Sinergi Dana Zakat dalam Membasmi Keciciran. Proceedings Science, Ethics & Civilization, 1(1), 72-76. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/200