Penglibatan Belia dalam Aktiviti Kesukarelawan di Malaysia: Sumbangan dan Peranan

  • Solihah Yahya Zikri Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perlis
  • Khalid Ismail Akademi Pengajian Islam Kontemporari,Universiti Teknologi MARA, MALAYSIA
  • Abdul Salam Zulkifli Akademi Pengajian Islam Kontemporari,Universiti Teknologi MARA, MALAYSIA
  • Nadiyah Hashim Akademi Pengajian Islam Kontemporari,Universiti Teknologi MARA, MALAYSIA
  • Noor Azura Zainuddin Akademi Pengajian Islam Kontemporari,Universiti Teknologi MARA, MALAYSIA
Keywords: belia, pemimpin, kesukarelawanan, negara, pembangunan

Abstract

Sikap kesukarelawan pada awalnya disebabkan tanggungjawab dalam diri setiap individu terhadap agama dan perasaan ingin menolong masyarakat yang sangat tinggi. Terdapat beberapa perkara yang mendorong golongan belia untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan seperti tragedi bencana alam, kemelesetan ekonomi, peperangan dan konflik politik. Disebabkan itu, konsep kesukarelawanan bukan hanya bersikap lokaliti dan setempat tetapi ianya juga bersifat global yang merentasi sempadan negara, kaum, budaya, agama dan masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk menilai dan membuat prinsip umum dari dapatan kajian bagi mengenalpasti gambaran jelas tentang faktor-faktor penglibatan para belia kepada aktiviti kesukarelawanan, impak penglibatan belia terhadap penglibatan mereka didalam aktiviti kesukarelawanan dan juga manfaat yang boleh diperolehi terhadap pembangunan negara di Malaysia. Kajian perpustakaan akan dilakukan untuk menganalisis artikel dan jurnal mengenai kepentingan penglibatan belia dalam kegiatan kesukarelawan. Apa yang boleh disimpulkan, pada peringkat awal lagi belia haruslah menerapkan semangat kesukarelawan. Hal ini kerana, belia merupakan pewaris dan bakal pemimpin negara dalam pembangunan Malaysia pada masa akan datang

Published
2022-03-01
How to Cite
Yahya Zikri, S., Ismail, K., Zulkifli, A. S., Hashim, N., & Zainuddin, N. A. (2022). Penglibatan Belia dalam Aktiviti Kesukarelawan di Malaysia: Sumbangan dan Peranan. Proceedings Science, Ethics & Civilization, 1(1), 30-36. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/197