Pendidikan Kitab Turath: Sejarah dan Pelaksanaannya di Negara Brunei Darussalam

  • Rahman Ajak KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN

Abstract

Negara Brunei Darussalam memiliki corak pendidikan Islam yang tersendiri. Kitab Turath setentunya memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan pendidikan umat Islam di Negara ini. Pendidikan secara berperingkat dari rumah atau istana sultan ke pengajian balai, masjid, sekolah melayu, sekolah ugama hingga ke peringkat tertinggi di institut pengajian tinggi kini. Artikel ini bertujuan untuk meneroka sejarah dan pelaksanaan pendidikan kitab turath di Negara Brunei Darussalam. Kajian ini menggunakan kajian perpustakaan dan analisis dokumen yang berkenaan. Hasil kajian mendapati pendidikan kitab turath di Negara Brunei Darussalam dilakukan semenjak kemasukan Islam itu sendiri hingga sekarang. Sebahagian Ulama' Brunei di kenal pasti dan sumbangan mereka terhadap pendidikan Islam di Negara ini. Kaedah Pengajaran dan sistem pelaksanaan pendidikan kitab Turath adalah berbeza dari satu institusi ke institusi lain.

Published
2025-09-06
How to Cite
Ajak, R. (2025). Pendidikan Kitab Turath: Sejarah dan Pelaksanaannya di Negara Brunei Darussalam. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 16, 397-409. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/882