Amalan Pedagogi Guru Cemerlang Penerima Anugerah Kdymm di Negara Brunei Darussalam
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan pedagogi guru cemerlang penerima Anugerah Di Raja dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah sempena Hari Guru tahun 2023 dan tahun 2024. Metodologi kajian menggunakan kajian kes, melibatkan tujuh orang guru penerima anugerah cemerlang tahun 2023 dan 2024. Instrumen kajian menggunakan kaedah Temubual dan Soal Selidik dari model Slavin yang mengukur empat aspek, iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, pemberian insentif dan pengurusan masa pengajaran. Analisis data menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) dipersembahkan dalam bentuk deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan amalan guru dalam kajian ini menepati ciri-ciri guru berkesan menurut model pengajaran Slavin. Ini bermaksud, secara keseluruhannya kesemua guru-guru cemerlang dalam kajian ini melaksanakan pada tahap tinggi keempat-empat aspek yang diukur dalam model Slavin dan inovasi dalam meningkatkan pembelajaran, motivasi pengajaran dan berkemahiran dalam menggunakan pelbagai kaedah serta bersesuaian dengan tahap pelajar. Kajian ini mencadangkan perlunya program latihan perguruan latihan dalam pedagogi inovatif bagi meningkatkan motivasi dan prestasi guru. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan panduan kepada pihak berkepentingan dalam meningkatkan kualiti latihan perguruan dan amalan pengajaran di Negara Brunei Darussalam khasnya dan negara luar amnya.