Tahap Kefahaman Pelajar Uitm Terhadap Konsep Riba dan Untung dalam Muamalah Islam

LEVEL OF UNDERSTANDING OF UiTM STUDENTS ON THE CONCEPT OF RIBA AND PROFIT IN ISLAMIC ECONOMY

  • Muhammad Nasran Narudin Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak Kampus Mukah, Malaysia
  • Mohammad Iman Danish Budiman Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak Kampus Mukah, Malaysia
Keywords: Riba, Untung, Muamalah Islam, UiTM

Abstract

Riba dan untung adalah dua konsep yang berbeza dan sering disalah faham oleh sebahagian masyarakat terutamanya dalam kalangan pelajar. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menjelaskan perbezaan asas antara riba yang diharamkan dalam Islam dan keuntungan perniagaan yang dibenarkan serta menilai tahap kefahaman pelajar terhadap kedua-dua konsep tersebut. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah soal selidik ke atas 50 orang pelajar universiti yang dipilih secara rawak. Data dikumpul dan dianalisis secara deskriptif bagi menilai peratusan dan kekerapan tahap kefahaman pelajar mengenai konsep riba’ dan untung. Hasil kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar memahami bahawa riba melibatkan lebihan yang dikenakan atas pinjaman wang, manakala untung pula melibatkan pertukaran barangan atau perkhidmatan secara sah. Namun, masih wujud kekeliruan kecil dalam membezakan situasi riba tersembunyi. Kajian ini mencadangkan agar pendedahan tentang muamalah Islam perlu dipertingkatkan agar pelajar lebih jelas dan mampu mengelak daripada terlibat dengan transaksi yang tidak patuh syariah,  lantas memberi implikasi yg buruk kepada diri sendiri, keluarga dan negara.

 

Published
2025-09-06
How to Cite
Narudin, M., & Budiman, M. (2025). Tahap Kefahaman Pelajar Uitm Terhadap Konsep Riba dan Untung dalam Muamalah Islam. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 16, 122-128. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/743