LGBTQ+: Rintangan dalam Usaha Mewujudkan Keamanan, Keadilan Iklim dan Dialog Tamadun Dalam Perspektif Islam di Malaysia

  • Muhammad Faris Matjani UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SARAWAK KAMPUS MUKAH
  • Mohammad Iqmal Muhammad Herman Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak Kampus Mukah, Malaysia
  • Muhd Faiz Kadir Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak Kampus Mukah, Malaysia

Abstract

ABSTRAK

Mutakhir ini Malaysia berdepan dengan cabaran LGBTQ+ yang di haramkan dalam undang-undang sivil dan syariah di negara tersebut. Hal ini membawa halangan untuk mencapai keamanan sosial dalam masyarakat kerana seringkali menimbulkan perpecahan dan ketegangan. Selain itu, tidak ada undang-undang yang melindungi kelompok ini daripada diskriminasi. Isu ini sering menimbulkan perdebatan sengit yang berpunca dari pihak yang cuba untuk menuntut hak kesamarataan kepada golongan LGBTQ+. Isu ini haruslah diteliti secara objektif tanpa menuding jari dengan mendalami impak isu LGBTQ+ terhadap keamanan global, termasuk bagaimana isu ini boleh mempengaruhi imej sesebuah negara dan kesan terhadap perhubungan antarabangsa. Kontroversi berkaitan isu LGBTQ+ di Malaysia terus menjadi perhatian utama, terutamanya selepas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, yang menggesa siasatan terhadap program promosi LGBTQ baru-baru ini. Insiden ini menyerlahkan ketegangan yang berterusan antara hak asasi manusia, nilai-nilai Islam sebagai agama Persekutuan, dan norma budaya Timur yang dipegang teguh oleh majoriti rakyat Malaysia. Penolakan keras terhadap usaha menormalisasikan "gaya hidup songsang" oleh Kerajaan Malaysia menunjukkan bahawa isu LGBTQ+ bukan sekadar perdebatan moral, tetapi juga melibatkan tafsiran perlembagaan, penguatkuasaan undang-undang, serta pemeliharaan struktur sosial dan moral negara. Cabaran utama yang akan timbul adalah dari perspektif agama Islam dan keadaan sosial semasa. Oleh hal yang demikian, perbincangan ini akan beralih kepada pendekatan dialog antara tamadun dari sudut pandang Islam berdasarkan prinsip hikmah dan nasihat yang baik.

Email: 2022847214@student.uitm.edu.my

Published
2025-09-06
How to Cite
Matjani, M. F., Muhammad Herman, M. I., & Kadir, M. F. (2025). LGBTQ+: Rintangan dalam Usaha Mewujudkan Keamanan, Keadilan Iklim dan Dialog Tamadun Dalam Perspektif Islam di Malaysia. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 16, 44-47. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/698