Profil Penerima Agihan Zakat Dari Kalangan Pelajar Uitm Cawangan Sabah

  • Razizi bin Tarmuji Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
  • Nor Alhana binti Abd Malik Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
  • Saiful Nizam bin Amran Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
Keywords: Agihan zakat, prprofil, UiTM Sabah, asnaf zakat

Abstract

Para pelajar di universiti secara umumnya layak menerima zakat jika mereka dikategorikan sebagai asnaf fakir, miskin, fi sabilillah atau mualaf. Bantuan zakat yang diterima sangat membantu pelajar untuk meneruskan pengajian mereka di universiti lebih-lebih lagi jika mereka berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Di UiTM Cawangan Sabah, proses permohonan zakat pelajar diuruskan oleh Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Sabah. Pada tahun 2022, seramai 787 orang pelajar telah menerima bantuan zakat sebanyak RM395,640 yang diuruskan oleh unit ini. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti profil penerima wang zakat yang diagihkan di UiTM Cawangan Sabah. Kajian ini menggunakan statistical descriptive dalam mendapatkan frekuensi bagi setiap pembolehubah-pembolehubah yang telah ditentukan. Pembolehubah dalam kajian profil ini termasuklah jantina, kategori asnaf, peringkat pengajian, pendapatan keluarga dan lain-lain. Hasil daripada kajian mendapati majoriti asnaf yang mendapat wang zakat adalah daripada pelajar perempuan dan datang daripada keluarga yang berpendapatan RM1500 ke bawah.

Published
2023-11-01
How to Cite
Tarmuji, R., Abd Malik, N. A., & Amran, S. N. (2023). Profil Penerima Agihan Zakat Dari Kalangan Pelajar Uitm Cawangan Sabah. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 251-255. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/477