Kesepaduan Model Bimbingan Al-Ghazali Dan Ibnu Khaldun Dalam Pelaksanaan Program Dakwah Mualaf

  • Mohd Zuhaili Kamal Basir Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak

Abstract

Ketokohan Imam al-Ghazali dan Ibnu Khaldun dalam bidang pendidikan tidak dapat disangkal lagi menerusi pradigma integrasi ilmu, amal dan adab. Idea ini direalisasikan dalam bentuk teknik bimbingan bersepadu yang menyeimbang keperluan jasmani, rohani, intelek dan emosi. Gagasan ini diterjemahkan dalam bentuk pengisian dan pendekatan dakwah bagi menyantuni mualaf. Mualaf atau Saudara Baru adalah antara kumpulan sasar yang memerlukan gagasan bimbingan bersepadu ini bagi menangani cabaran berkaitan aspek pembelajaran, kewangan, kekeluargaan dan pekerjaan dan integrasi budaya. Oleh itu, kertas kerja ini meninjau pengaruh teknik bimbingan Imam al-Ghazali dan Ibnu Khaldun dalam pelaksanaan program dakwah mualaf. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif iaitu analisis dokumen. Pelbagai bentuk bahan dokumentasi seperti jurnal, artikel ilmiah, laporan aktiviti program dijadikan sandaran kepada pengkaji untuk memperolehi data kajian. Hasil kajian mendapati kedua-dua model tokoh tersebut boleh disesuaipadankan bersama dengan uslub dakwah dalam merangka pengisian dan kaedah bimbingan yang holistik dan dinamik. Kesepaduan ini berjaya mencipta suasana pembelajaran yang kondusif, realistik, interaktif, kalobratif yang akhirnya membantu mualaf mengadaptasi diri dalam suasana kehidupan baru sebagai Muslim.

Published
2023-11-01
How to Cite
Basir, M. Z. (2023). Kesepaduan Model Bimbingan Al-Ghazali Dan Ibnu Khaldun Dalam Pelaksanaan Program Dakwah Mualaf. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 228-238. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/459