Zakat Dan Dakwah: Impak Terhadap Golongan Asnaf

  • Mahasin Mearaj UiTM Cawangan Johor
Keywords: Zakat, dakwah, impak kepada asnaf

Abstract

Malaysia dalam usaha untuk menjadikan taraf hidup 0% kemiskinan. Isu ini memberi kesan besar termasuklah institusi Pendidikan tinggi. Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempunyai 89% pelajar yang tergolong dalam kalangan B40 termasuklah asnaf. Angka ini membimbangkan kerana masalah yang timbul bukan sahaja melibatkan kewangan tetapi penyakit yang dihadapi pelajar, tekanan hidup, dan masalah keluarga. Hal ini perlu ditangani dengan serius kerana boleh menjejaskan pencapaian akademik pelajar dan kestabilan hidup akan tergugat. Dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti impak zakat dalam dakwah terhadap golongan asnaf. Kajian ini merupakan kajian kualitatif melibatkan peserta pelajar Universiti Teknologi MARA dan panel zakat yang terlibat dengan proses penyerahan zakat dan kajian kepustakaan melalui rujukan jurnal serta buku. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan dakwah kepada pengeluar zakat dan golongan asnaf dalam zakat memberi impak kepada gaya hidup pelajar, pencapaian akademik serta kestabilan hidup secara konsisten. Kesimpulannya, zakat membantu golongan asnaf meringankan beban hidup mereka. Kesedaran kepada golongan asnaf penting supaya tidak hanya bergantung kepada zakat. Manakala kesedaran penyumbang dalam mengeluarkan zakat juga penting kerana memberi kesan kepada golongan asnaf. Cadangan kajian akan datang melihat aspek pembangunan model sifar miskin dalam kalangan keluarga pelajar.

Published
2023-11-01
How to Cite
Mearaj, M. (2023). Zakat Dan Dakwah: Impak Terhadap Golongan Asnaf. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 193-201. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/414