Aktiviti Kitar Semula Dianjurkan Dalam Islam : Kajian Penghasilan Baja Kompos Daripada Sisa Makanan Dan Sisa Pertanian

  • Hazman Seli UiTM Cawangan Sarawak
Keywords: agama, kesedaran pengurusan sisa pepejal, masyarakat Islam.

Abstract

Dunia menghadapi peningkatan sisa pepejal yang berterusan telah mendorong orang ramai untuk melakukan kitar semula. Namun kesedaran masyarakat di Malaysia tidak setanding dengan masyarakat di Jepun. Ini kerana pada tahun 2012 menunjukkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia baru mencecah 10%. Pencapaian ini sebenarnya masih jauh dari sasaran kitar semula sebanyak 40% menjelang 2020, apatah lagi jika dibandingkan dengan negara maju seperti Jepun dengan peratusan kitar semula melebihi 50%. Ini menunjukkan tahap kesedaran masyarakat masih perlu ditingkat dan aktiviti kitar semula perlu dilakukan dalam skala yang besar. Sebenarnya, aktiviti kitar semula berkait dengan satu cara hidup yang berlandaskan dengan nilai-nilai murni yang diunjurkan oleh Islam. Antara perkara yang digalakkan dalam Islam ialah berhemah dalam berbelanja, bersederhana, menghargai nilai sesuatu benda, tidak membazir dan menggunakan barangan setakat apa yang diperlukan sahaja. Oleh itu, mentaliti mengenai kitar semula perlu diubah. Masyarakat perlu menjadikan kitar semula sebagai satu rutin harian dan tanggungjawab kepada alam sekitar. Masyarakat perlu dididik agar mempunyai kesedaran mengenai aspek penggunaan lestari, penggunaan hijau, berfikir dulu sebelum membeli dan aspek pembuangan dan pengasingan sisa pepejal. Malah penglibatan pihak berkuasa masih lagi diperlukan dan peruntukkan yang besar perlu disediakan. Kempen yang berterusan dan aktif perlu dilakukan melalui saluran media massa dan pengiklanan seperti disiarkan di tv, radio, poster dsb. Orang ramai harus didedahkan dengan kesan pencemaran sisa pepejal kepada tahap kesihatan masyarakat, ekonomi negara dan alam sekitar
Kata kunci: agama, kesedaran pengurusan sisa pepejal, masyarakat Islam.

Published
2023-11-01
How to Cite
Seli, H. (2023). Aktiviti Kitar Semula Dianjurkan Dalam Islam : Kajian Penghasilan Baja Kompos Daripada Sisa Makanan Dan Sisa Pertanian. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 39-44. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/374