Nilai-Nilai Mib Membentuk Negara Zikir Menurut Perspektif Al Quran

  • Mohd Shahrol Azmi Abd Muluk Pensyarah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam
Keywords: Nilai, Adab, Budaya, Melayu Islam Beraja, Negara Zikir, MIB,

Abstract

Dunia kini berhadapan cabaran era globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan. Pengaruh ideologi dan perkara-perkara negatif yang berlaku di luar negara sangat mudah diakses. Di sinilah pentingnya penekanan terhadap pengamalan nilai-nilai MIB yang merupakan benteng pertahanan Negara Brunei Darussalam daripada ideologi-ideologi asing. Oleh yang demikian dalam konteks Negara Brunei Darussalam, nilai-nilai MIB diumpamakan seperti satu sistem saringan yang cukup penting bagi memastikan Bangsa Brunei untuk terus mempertahankan MIB. Menerusi cogan kata yang cukup indah dan unik yang tertulis di dalam panji-panji bendera negara iaitu الدائمون المحسنون بالهدى yang membawa maksud ‘Sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk Allah’ merupakan nilai khas MIB dalam membentuk Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir. Perkataan Muhsinun atau Muhsinin menjadi kata kunci bagi segala “perbuatan baik” yang perlu diamalkan oleh rakyat Brunei. Negara Zikir Melayu Islam Beraja terbentuk menerusi kesepaduan Bangsa Brunei yang mengamalkan sistem Islam sebenar sama ada dalam urusan sehari-hari mahupun urusan dalam pemerintahan. Oleh itu mewujudkan Negara Zikir yang berdaulat dan makmur merupakan suatu tuntutan agama dan perkara ini juga telah disepakati oleh para ulama. Oleh yang demikian kewujudan dan pembentukan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir sebetulnya mempunyai kesinambungan menerusi perlaksanaan dan pengamalan konsep Negara MIB yang telah lama wujud. Apa yang paling penting rakyat yang Muhsinun pastinya akan dikasihi Allah. Selagimana kasih dan sayang Allah berada di bumi Darussalam, selagi itulah keamaan yang dinikmati ini akan terus terpelihara. 

Published
2023-11-01
How to Cite
Abd Muluk, M. S. (2023). Nilai-Nilai Mib Membentuk Negara Zikir Menurut Perspektif Al Quran. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 14-29. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/365