Pembangunan Wakaf di Maahad Tahfiz An-Nahdoh, Pulau Pinang: Acuan Kelestarian Sekolah Tahfiz Swasta

Authors

  • Noor Syahidah Mohamad Akhir Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Kedah, Malaysia
  • Azrul Shahimy Mohd Yusof Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Cawangan Kedah, Malaysia

Keywords:

Pembangunan, Wakaf, Sewaan (Ijarah), Pelaburan, Maahad Tahfiz, Sekolah Tahfiz, al-Quran,  Kelestarian.

Abstract

Sekolah Tahfiz Swasta (STS) tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kebanyakkan daripada STS merupakan milik persendirian dan memerlukan pengurusan yang cekap khususnya melibatkan aspek kewangan. Terdapat sebahagian institusi STS terpaksa memberhentikan pengoperasian disebabkan masalah kewangan untuk tadbir urus. Artikel ini menfokuskan salah sebuah Maahad Tahfiz an-Nahdhoh, Pulau Pinang yang menggunakan kaedah pembangunan wakaf strategik sebagai kaedah penjanaan hasil untuk kelestarian institusi tersebut. Kajian menggunakan kaedah temubual semi struktur, informan merupakan pengasas Maahad Tahfiz al-Nahdhoh. Temubual tersebut di transkripsi dan di analisa menggunakan perisian Nvivo12. Hasil kajian mendapati pembangunan wakaf yang diaplikasi oleh maahad tahfiz ini boleh dijadikan contoh tahfiz cemerlang dalam tadbir urus kewangan institusi tahfiz yang lain.

Kata kunci : Pembangunan, Wakaf, Sewaan (Ijarah), Pelaburan, Maahad Tahfiz, Sekolah Tahfiz, al-Quran,  Kelestarian.

Downloads

Published

2022-09-06

How to Cite

Mohamad Akhir, N. S., & Mohd Yusof, A. S. (2022). Pembangunan Wakaf di Maahad Tahfiz An-Nahdoh, Pulau Pinang: Acuan Kelestarian Sekolah Tahfiz Swasta. Proceeding Borneo Islamic Conference, 13, 218–222. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/313