Keberkesanan Pilihanraya Digital sebagai Alternatif Pengisytiharan Darurat di Malaysia

  • Muhammad Anwar Fahmii Hari Das Abdullah Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA(UiTM), Melaka, Malaysia.
Keywords: Keberkesanan, Pilihan Raya Digital, Pengisytiharan Darurat, Malaysia.

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat perkaitan keberkesanan pilihan raya digital sebagai alternatif pengisytiharan darurat di Malaysia, khususnya ketika perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dilaksanakan. Terdapat tiga objektif kajian untuk dicapai. Pertama, adakah keberkesanan pilihan raya digital mampu mengelakkan pengisytiharan darurat oleh YDPA.Kedua, apakah tahap persediaan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia(SPR) terhadap saranan melaksanakan Pilihan Raya secara digital di Malaysia.Ketiga, apakah implikasi pengisytiharan darurat terhadap sistem pilihan raya umum. Penyelidikan ini melibatkan,method kualitatif. Pendekatan penyelidikan Braun dan Clarke (2006) untuk analisis enam langkah pengukuhan tema, telah digunakan untuk, analisa transkrip para informan(thematic Analysis). Seramai empat orang sarjana mahupun pensyarah kanan yang memiliki PhD dari kalangan pensyarah Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media(FKPM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, telah ditemubual. Dapatan kajian mendapati majoriti informan bersetuju SPR wajar melaksanakan pilihan raya secara online. SPR juga dilihat kurang bersiap siaga untuk melaksanakan pilihan raya di atas talian, disebabkan pelbagai halangan seperti isu sistem,teknologi, peruntukan dan juga penerimaan pengundi akar umbi.Dari aspek implikasi pengisytiharan darurat, dilihat amat memberikan tekanan kepada rakyat, menggugat ekonomi negara serta, khidmat nasihat yang diberikan kepada YDPA dan Istana, oleh badan penasihat khas wajar bertindak berkecuali dan profesional.Penyelidikan ini diharapkan dapat membantu pihak Istana Negara dan juga SPR, hatta kerajaan mencari alternatif terbaik untuk mengelakkan pengisytiharan darurat ketika penularan ancaman Covid -19 pada masa hadapan.

 Kata Kunci: Keberkesanan, Pilihan Raya Digital, Pengisytiharan Darurat, Malaysia.

Published
2022-09-06
How to Cite
Abdullah, M. A. F. H. D. (2022). Keberkesanan Pilihanraya Digital sebagai Alternatif Pengisytiharan Darurat di Malaysia. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 86-100. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/307