Penglibatan Institusi Islam Dalam Melahirkan Pakar Kewangan Dan Ekonomi Islam Di Negara Brunei Darussalam

  • Kamaru Salam Yusof Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam
Keywords: Pakar ekonomi, pakar kewangan, Institusi Pengajian Tinggi, Brunei Darussalam.

Abstract

Melahirkan pakar di dalam sesuatu bidang terutama bidang yang berkaitan dengan profesional semasa bukanlah suatu yang mudah. Ia memerlukan kepada masukan kefahaman, penguasaan dan juga penglibatan di dalam lapangan yang diceburi. Pembentangan dan kertas ini cuba untuk melihat bagaimana usaha yang telah dan sedang dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam dalam melahirkan pakar-pakar kewangan dan ekonomi Islam untuk dibekalkan kepada bukan sahaja negara setempat, tetapi juga kepada seluruh dunia yang memerlukan sistem kewangan ini. Kajian ini penting kerana ia akan mengkaji keseluruhan pihak yang terlibat samada secara langsung atau secara tidak langsung dan penglibatan yang berlaku di Negara Brunei Darussalam. Kajian ini dibuat berdasarkan dokumen-dokumen, laporan dan juga temubual yang diadakan dengan beberapa pihak yang terlibat. Kajian mendapati bahawa usaha yang amat giat sedang berlaku dan dilaksanakan oleh semua pihak bermula dari pihak kerajaan sehingga kepada sektor swasta (bukan kerajaan) dan dijangka akan melahirkan hasilnya yang akan dapat dilihat tidak berapa lama lagi. Semua usaha tersebut –samada telah atau di dalam perancangan - dibentangkan di dalam kertas kajian ini.

Kata Kunci:         Pakar ekonomi, pakar kewangan, Institusi Pengajian Tinggi, Brunei Darussalam.

 

Published
2022-09-06
How to Cite
Yusof, K. S. (2022). Penglibatan Institusi Islam Dalam Melahirkan Pakar Kewangan Dan Ekonomi Islam Di Negara Brunei Darussalam. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 36-40. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/305