Tranformasi Potensi Diri melalui Formula “I-L-M-U”

  • Sharifah Khuzaimah Wan Yusup Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching Sarawak
Keywords: formula ilmu, paradigma, dinamik.

Abstract

Sejajar dengan Dasar Transformasi Nasional yang diperkenalkan oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia menuntut kita supaya lebih kreatif & inovatif bagi mencipta sesebuah kejayaan. Pelbagai formula kejayaan boleh kita ikuti, antaranya formula “I-L-M-U” yang dikaitkan dengan wahyu pertama kepada Baginda Rasulullah SAW iaitu “Iqra’” yang membawa maksud tuntutan dan saranan menimba ilmu bagi membangunkan kecemerlangan diri dalam mengoptimumkan proses menjadi individu yang berprestasi tinggi. Formula “I-L-M-U” boleh membentuk paradigma yang unik serta hebat dalam diri. Kandungan utama formula ini adalah bersifat kepada pengukuhan individu itu sendiri dalam aspek  membina impian dan berimaginasi, seterusnya memulakan langkah menimba ilmu agar lebih memahami bakat semulajadi untuk digunapakai dalam membangunkan diri, institusi dan organisasi.. Mempunyai mentor yang boleh membimbing turut diberi penekanan bagi mengekalkan momentum dalam mengtransformasikan potensi diri. Seterusnya setiap individu harus mengubah sikap ke arah yang lebih positif supaya selari dengan peredaraan zaman. Implikasi penggunaan kaedah “I-L-M-U” dapat membantu kakitangan di sesebuah organisasi  lebih terarah kepada keyakinan diri dan mampu melakukan yang terbaik dalam segenap hal. Individu yang lebih cemerlang dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada organisasi seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan negara.

Kata kunci: formula ilmu, paradigma, dinamik.

Published
2022-09-06
How to Cite
Wan Yusup, S. K. (2022). Tranformasi Potensi Diri melalui Formula “I-L-M-U”. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 282-285. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/304