Tadbir Urus Wakaf Pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Malaysia: Satu Tinjauan Awal

  • Surita Hartini Mat Hassan Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang Kampus Raub, 27600 Raub Pahang, Malaysia
  • Mohd Nasir Ayub Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang Kampus Raub, 27600 Raub Pahang, Malaysia
  • Che Khadijah Hamid Universiti Teknologi MARA, Cawangan Terengganu Kampus Dungun, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Sakinatul Raadiyah Abdullah Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah Kampus Sungai Petani, 08400 Merbok, Kedah, Malaysia
  • Salimah Yahaya Universiti Teknologi MARA, Cawangan Terengganu Kampus Dungun, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Farahdina Fazial Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah Kampus Sungai Petani, 08400 Merbok, Kedah, Malaysia
Keywords: Tadbir urus, wakaf Pendidikan, Sekolah Agama Rakyat, Malaysia

Abstract

Wakaf Pendidikan bukanlah perkara baru dalam kalangan masyarakat, malah amalannya telah diamalkan oleh generasi ulama dahulu yang mewakafkan harta mereka kepada institusi pondok dan sekolah agama. Namun kini amalannya mula berkurang bahkan ada yang tidak mengetahui mengenai “wakaf pendidikan”. Institusi pendidikan di Asia Barat sejak dulu menggunakan harta wakaf bagi tujuan pengurusan, perbelanjaan dan pembinaan universiti. Berdasarkan fakta inilah kajian ini dilakukan bagi menyemarakkan lagi pelaksanaan amalan “wakaf pendidikan” di institusi pendidikan di Malaysia terutamanya institusi pendidikan berasaskan agama Islam seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR) bagi mengatasi isu-isu berkaitan pelajar dan pentadbiran terutamanya melibatkan kewangan. SAR merupakan sekolah agama yang ditubuh dan dikendalikan oleh masyarakat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan pelajaran dan lain-lain. Kebanyakan SAR tidak menerima dana daripada kerajaan. Oleh sebab itu, SAR menjana pendapatan secara persendirian dan juga menerima bantuan daripada orang ramai termasuklah dalam bentuk wakaf pendidikan. Justeru kajian ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti urus tadbir SAR di Malaysia. Kedua menganalisis urus tadbir terhadap wakaf pendidikan SAR di Malaysia. Kajian ini dilakukan secara analisis kandungan terhadap data yang dikumpul melalui penelitian terhadap sumber sekunder seperti buku, jurnal, majalah dan sebagainya. Hasil kajian dapat memberikan gambaran bentuk-bentuk wakaf pendidikan yang diterima SAR di Malaysia dan kaedah pengurusannya dapat dijadikan contoh kepada SAR di seluruh Malaysia

Published
2022-09-06
How to Cite
Mat Hassan, S. H., Ayub, M. N., Hamid, C. K., Abdullah, S. R., Yahaya, S., & Fazial, F. (2022). Tadbir Urus Wakaf Pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 108-112. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/299

Most read articles by the same author(s)