Pengurusan Rumah Sembelihan Unggas Halal: Satu Kajian Lapangan di Negeri Sembilan

  • Nor Saadah Musa Universiti Teknologi MARA, Cawangan Negeri Sembilan
  • Rafidah Mohd Azli Universiti Teknologi MARA, Cawangan Negeri Sembilan
  • Athira Ayuni Asmadi Universiti Teknologi MARA, Cawangan Negeri Sembilan
  • Muhamad Azhari Wahid Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai
  • Walid Mohd Said Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai
Keywords: Halal

Abstract

Isu halal merupakan sesuatu yang sangat penting dan berkait rapat dengan persoalan ibadah umat Islam. Rumah sembelihan adalah sumber utama dalam kitaran perbekalan ayam halal.  Kitaran perbekalan unggas halal yang komprehensif mestilah ditentukan oleh pengurusan rumah sembelihan halal yang terjamin mutunya dan berkesan. Manakala kitaran perbekalan ayam halal yang lemah berpunca daripada pengurusan rumah sembelihan unggas halal yang tidak terancang dan tidak mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan bagi mengetahui masalah – masalah pengurusan yang dihadapi oleh pengusaha – pengusaha rumah sembelihan unggas halal yang sedang dalam proses permohonan persijilan halal. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan metodologi temubual secara langsung terhadap pengusaha rumah sembelih di sekitar daerah Seremban, N.Sembilan. Hasil kajian mendapati isu berkaitan pengurusan rumah sembelihan ini boleh diatasi dengan kerjasama yang efekti antara bahagian pengurusan halal JHEAINS dengan para pengusaha rumah sembelihan unggas halal yang sedang dalam proses permohonan persijilan halal

Published
2022-09-06
How to Cite
Musa, N. S., Mohd Azli, R., Asmadi, A. A., Wahid, M. A., & Mohd Said, W. (2022). Pengurusan Rumah Sembelihan Unggas Halal: Satu Kajian Lapangan di Negeri Sembilan. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 252-260. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/294