Model Wakaf Untuk Pendidikan; Pengalaman Malaysia, Indonesia dan Thailand

  • Mohd Ali Muhamad Don MARA University of Technology Johore (UiTM), Malaysia
  • Ahmad Che Yaacob Universiti of Teknology Malaysia (UTM), Malaysia
  • Sukree Langputeh Fatoni University, Thailand
  • Syahruddin Syahruddin University of Darussalam (UNIDA), Gontor East Java, Indonesia
Keywords: wakaf, model wakaf pendidikan, utm, unida, Fatoni University

Abstract

Wakaf untuk pendidikan bermaksud mewakafkan tanah atau harta alih untuk tujuan pendidikan seperti membina institusi pendidikan ataupun membiayai kos operasi institusi pendidikan dan menyediakan kemudahan kepada para pelajar yang memerlukan agar jariah pewakaf berpanjangan. Model wakaf untuk pendidikan dikaitkan dengan penubuhan Universiti al-Azhar di Mesir. Namun begitu di Nusantara terdapat pelbagai model wakaf untuk pendidikan yang berlatarbelakang sosio ekonomi masyarakat di sesebuah negara yang sangat menarik untuk dikaji dan diteliti. Untuk itu, kajian ini memfokus kepada model wakaf pendidikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universitas Islam Darussalam (UNIDA) di Indonesia dan Universiti Fatoni di Thailand sebagai asas perbandingan. Data kajian diperoleh melalui kolaborasi penyelidikan bersama wakil penyelidik daripada universiti yang diteliti. Seterusnya data kajian yang diperoleh dianalisis dan dibuat perbandingan dengan maklumat daripada sumber literatur dan dilaporkan dalam bentuk kertas kerja penyelidikan. Hasil kajian mendapati UTM telah memiliki aset wakaf berjumlah RM6.8 Juta, UNIDA cemerlang dengan model wakaf produktif dan wakaf diri manakala Universiti Fatoni berkembang melalui dana wakaf sumbangan antarabangsa. Ketiga-tiga model wakaf ini mempunyai keunikan tersendiri yang mampu menyerlahkan potensi pengembangan harta wakaf untuk pendidikan dan boleh dicontohi oleh institusi pendidikan di Borneo untuk memacu kecemerlangan ummah sejagat

Published
2022-09-06
How to Cite
Muhamad Don, M. A., Che Yaacob, A., Langputeh, S., & Syahruddin, S. (2022). Model Wakaf Untuk Pendidikan; Pengalaman Malaysia, Indonesia dan Thailand. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 246-251. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/293