Aplikasi Fiqh Keutamaan dalam Strategi Dakwah JAKIM di Sarawak

  • Hasfa Bakhry Hassan
Keywords: Fiqh, Fiqh Keutamaan, Jakim Sarawak

Abstract

Pelaksanaan dakwah tidak akan sempurna tanpa mempunyai strategi yang tepat. Perancangan strategi ini akan menghasilkan impak yang sangat memberi kesan terhadap sasaran dakwah. JAKIM Sarawak telah bertapak selama 41 tahun di negeri Sarawak. Banyak sumbangan yang telah diberikan dengan program-program dakwah kepada masyarakat Islam dan saudara kita. JAKIM Sarawak juga tidak meminggirkan masyarakat bukan Islam bahkan mereka juga dilibatkan dalam program-program yang dianjurkan. Keberadaan JAKIM Sarawak merupakan suatu kelebihan untuk masyarakat Islam di Sarawak. Disamping berperanan sebagai pembantu kepada agensi-agensi agama di Sarawak seperti Majlis Islam Sarawak dan khususnya Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), JAKIM Sarawak juga berperanan sebagai pembina hubungan antara agensi agama persekutuan dengan kerajaan negeri. Disamping itu beberapa perkara yang perlu dilihat ialah bagaimana JAKIM Sarawak melakukan aktiviti dakwah selama 41 tahun. Bagaimanakah pendekatan yang digunakan oleh JAKIM Sarawak dalam rangka menarik minat masyarakat Islam di Sarawaks serta bagaimana perkembangan dakwah yang berlaku di Sarawak semenjak keberadaan JAKIM di Sarawak.

Published
2022-09-06
How to Cite
Hassan, H. B. (2022). Aplikasi Fiqh Keutamaan dalam Strategi Dakwah JAKIM di Sarawak. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 57-67. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/288