Analisis Metafora Dakwah dan Nilai-Nilai Murni Menerusi Karya Rejabhad “Tan Tin Tun”

  • Fazlina Mohd Radzi Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, Malaysia
  • Liza Marziana Mohammad Noh Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, Malaysia
  • Haslinda Abd Razak Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, Malaysia
  • Shaliza Dasuki Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, Malaysia
  • Nor Arseha Karimon Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, Malaysia
Keywords: Komik, Rejabhad, Dakwah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji akan maksud serta gaya penyampaian dakwah menerusi komik melayu lama “Tan Tin Tun”, hasil karya oleh Allahyarham Rejabhad. Selain itu juga, pengkaji akan menyusuri akan sejarah permulaan kartun serta komik Melayu di Malaysia yang bertemakan dakwah bermula dari zaman pra kemerdekaan dan pasca kemerdekaan secara ringkas.Pemilihan Allahyarham Kartunis Rejabhad yang juga dikenali dengan gelaran sebagai Penghulu Kartun telah menjadi guru kepada ramai kartunis-kartunis dan pelukis komik ternama di Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang tunjang utama di dalam penerbitan majalah Kartun pertama Malaysia Gila-Gila yang masih bertahan sehingga kini. Pengkaji berpendapat adalah amat penting karya beliau dikaji secara lebih mendalam, yang mana ianya bukan setakat untuk menghargai beliau malah diharapkan menjadi satu bentuk dokumenantasi untuk rujukan penulisan yang akan datang. Pendekatan kajian dan penulisan ini adalah memahami apresiasi bentuk dan makna karya dan juga konteks penghasilannya. Menggunakan metodologi sejarah seni berasaskan analisis mengikut konteks (contextual analysis) dijadikan asas di dalam pengkajian ini. Merangkumi aspek deskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan digunakan sebagai panduan dalam penelitian karya. Penemuan kajian ini menunjukkan nilai sosial dakwah dan impak budaya masyarakat Melayu menerusi kaca mata Rejabhad.

Published
2022-09-06
How to Cite
Mohd Radzi, F., Mohammad Noh, L. M., Abd Razak, H., Dasuki, S., & Karimon, N. A. (2022). Analisis Metafora Dakwah dan Nilai-Nilai Murni Menerusi Karya Rejabhad “Tan Tin Tun”. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 201-210. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/284