Analisis Kebolehgunaan Model K.H.A.I.R Berasaskan Amalan Terbaik Guru Ugama di Negara Brunei Darussalam

  • Kharhan Jait Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei Darussalam
  • Gamal Nasir Zakaria Universiti Brunei Darussalam, Brunei Darussalam
  • Salimah Salleh Universiti Brunei Darussalam, Brunei Darussalam
Keywords: model pengajaran, amalan terbaik, model berkesan

Abstract

Amalan terbaik pengajaran guru merupakan aset terpenting dalam mewujudkan model pengajaran berkesan di institusi pendidikan. Model K.H.A.I.R adalah akronim dari Kualiti Pengajaran, Had Masa Pengajaran, Akhlak Pengajar, Insentif Pengajaran, dan Relevan Aras Pengajaran yang direka bentuk berasaskan amalan terbaik guru ugama cemerlang. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kebolehgunaan model K.H.A.I.R yang disepakati oleh pakar pelaksana pendidikan Islam di sekolah dan telah melibatkan 20 orang guru ugama sebagai pakar pelaksana bertindak untuk menilai item-item yang terdapat dari komponen utama dan elemen model menggunakan pendekatan Nominal Group Technique (NGT) ubahsuai, dan Interpretive Structural Modelling (ISM) untuk mendapatkan kesepakatan terhadap kedudukan elemen setiap komponen utama model. Pemilihan guru ugama berdasarkan kecemerlangan kualiti pengajaran di samping mereka terlibat secara langsung dengan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah ugama di negara ini. Dapatan menunjukkan bahawa kesemua komponen utama dan empat belas elemen dalam model K.H.A.I.R adalah berada pada tahap sesuai dan boleh digunakan di mana nilai peratusan skor penerimaan adalah menepati syarat yang ditetapkan iaitu melebihi 70%. Pemilihan Model K.H.A.I.R dalam merangka pengajaran berupaya menjadikan proses pengajaran berkesan, yang selari dengan amalan terbaik pengajaran guru ugama yang sesuai dengan konteks Negara Brunei Darussalam

Published
2022-09-06
How to Cite
Jait, K., Zakaria, G., & Salleh, S. (2022). Analisis Kebolehgunaan Model K.H.A.I.R Berasaskan Amalan Terbaik Guru Ugama di Negara Brunei Darussalam. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 41-50. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/281