Peranan Tokoh Melayu Tempatan dan Para Ulama dalam Kebangkitan Semangat Nasionalisme dan Pengislahan Masyarakat Islam di Sarawak

  • Noranizah Yusuff Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
Keywords: peranan tokoh Melayu, ulama, kebangkitan nasionalisme, islah, Sarawak

Abstract

Orang Melayu merupakan masyarakat yang sangat berpengaruh di Sarawak dan mereka merupakan sebahagian daripada rumpun peradaban Melayu di Nusantara. Masyarakat Melayu memainkan peranan yang cukup penting dalam aspek pembangunan peradaban dan perkembangan Islam di Sarawak. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan strategi kajian menjurus kepada kajian historiografi. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan peranan tokoh Melayu Islam dalam kebangkitan semangat nasionalisme menentang penjajahan di Sarawak serta membincangkan peranan golongan ulama dalam pengislahan masyarakat Islam di Sarawak. Reka bentuk kajian kualitatif diaplikasikan dalam kajian ini kerana ia bersesuai untuk sebuah kajian yang melibatkan perkembangan, pembangunan dan keterbukaan seiring dengan kemajuan kajian. Data dan sumber kajian dianalisis menggunakan pendekatan ilmu historiografi iaitu lima kaedah utama seperti mengenalpasti permasalahan dan objektif kajian, heuristik, kritikan sumber, interpretasi data dan historiografi (penulisan sejarah). Hasil kajian mendapati, kedatangan penjajah Eropah ke Sarawak telah memberikan impak yang cukup besar terhadap perkembangan Islam dibumi Sarawak dan hal ini telah menyebabkan munculnya beberapa golongan tokoh Melayu tempatan dan para ulama yang memainkan peranan yang cukup besar dalam membangkitkan semangat penduduk tempatan menentang penjajahan dan unsur-unsur yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Published
2022-09-06
How to Cite
Yusuff, N. (2022). Peranan Tokoh Melayu Tempatan dan Para Ulama dalam Kebangkitan Semangat Nasionalisme dan Pengislahan Masyarakat Islam di Sarawak. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 328-338. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/276