Elemen Multimedia Dalam Menjana Penaakulan Bagi Pembelajaran Al- Quran Bahagian Kefahaman Dalam Kalangan Pelajar

  • Sharifah Fatimah Wan Jamel Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak, Malaysia
  • Mahadi Khalid Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak, Malaysia
  • Salehudin Sabar Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak, Malaysia
  • Siti Fatimah Ahmad Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak, Malaysia
  • Mohd Daud Muhamad Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak, Malaysia
  • Mas Hamidon Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak, Malaysia
  • Rusliza Othman Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak, Malaysia
Keywords: Domain Kognitif, Elemen Multimedia, Mencerna Idea, Kolaborasi Positif, Proses Penaakulan

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau persepsi guru dan pelajar berkaitan peranan elemen multimedia dalam menjana proses penaakulan secara logik dalam kalangan pelajar serta peranan elemen multimedia dalam merangsang deria dan minda dalam mencerna idea bagi pembelajaran al Quran bahagian kefahaman dalam kalangan pelajar Kajian ini juga bertujuan meninjau peranan elemen multimedia dalam membina interaksi serta kolaborasi positif dalam kalangan pelajar. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data kajian adalah melalui temu bual, soal selidik dan kajian kepustakaan. Penyelidik telah menjalankan temu bual dengan empat (4) orang guru dan 10 orang pelajar tahap dua di Sekolah Kebangsaan di kawasan Kuching. Hasil kajian mendapati penggunaan integrasi multimedia dapat merangsang kemahiran menaakul dalam kalangan pelajar. Ia memberi kesan yang positif terhadap domain kognitif, efektif dan psikomotor mereka. Aktiviti menyimpan, mengguna semula serta memadankan maklumat yang diterima berlaku di mana pelajar dapat memahami, mengingati serta mengkatagori maklumat pelajaran dengan mudah dan teratur. Pelajar dapat mengkonsep serta mengeneralisasi maklumat dengan cara yang teliti dan berstruktur. Bagi domain efektif pula, didapati elemen multimedia ini mampu memberi cabaran serta mewujudkan kepuasan, keseronokkan serta perasaan ingin tahu di samping membina semangat daya saing yang positif terhadap pelajar. Bagi domain psikomotor pula, multimedia didapati mampu mewujudkan interaksi serta kolaborasi positif antara sesama pelajar, pelajar dengan guru serta pelajar dengan bahan pengajaran. Hasil daripada penyelidikan ini dapat digunapakai di sekolah- sekolah di negeri Sarawak dalam pengunaan bahan pengajaran multimedia interaktif yang dapat memberi impak yang tinggi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

Published
2022-09-03
How to Cite
Wan Jamel, S. F., Khalid, M., Sabar, S., Ahmad, S. F., Muhamad, M. D., Hamidon, M., & Othman, R. (2022). Elemen Multimedia Dalam Menjana Penaakulan Bagi Pembelajaran Al- Quran Bahagian Kefahaman Dalam Kalangan Pelajar. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 293-299. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/272