Kadar Agihan Zakat dan Program Pembangunan Pendidikan Asnaf di Sarawak Tahun 2016 Hingga 2020: Satu Sorotan Kajian

  • Husnia Qasrina Abdul Arrahmannia Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak
  • Dayangku Nurfarhana Aleeza Awang Ramzi Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak
  • Sofea Khairuniesa Sawal Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak
  • Nur Iqmalniza Mahmut Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak
  • Nur Athirah Rosli Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak
  • Aemy Aziz Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak
Keywords: Agihan zakat, Pembangunan Pendidikan, Sarawak, Sorotan Kajian

Abstract

Agihan zakat merupakan satu elemen terpenting dalam pembangunan dan peningkatan taraf hidup golongan asnaf dan masyarakat di Malaysia. Melalui agihan zakat yang dilakukan mampu meningkatkan kuasa beli dikalangan golongan asnaf disamping mampu meningkatkan taraf hidup mereka. Agihan zakat yang dilakukan menjurus kepada golongan yang memerlukan dan tidak berkeupayaan untuk meningkatkan pendapatan mereka dalam berbelanja. Oleh itu dengan agihan zakat ini dapat meringankan beban mereka bagi memenuhi keperluan asas dalam kehiudpan. Selain itu juga program bantuan pendidikan merupakan salah satu bentuk bantuan terpenting kepada golongan asnaf fakir dan miskin kerana pendidikan merupakan salah satu kaedah atau tiket penting yang dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan golongan ini daripada kepompong kemiskinan. Disebabkan oleh kepentingan pendidikan ini kepada golongan asnaf fakir dan miskin, maka institusi zakat giat memainkan peranan dalam menyalurkan dana zakat dalam bentuk bantuan pendidikan kepada golongan asnaf dan memastikan golongan asnaf fakir miskin ini mendapat peluang pendidikan dan berjaya seperti orang lain. Oleh itu kertas kajian ini akan melihat sejauh mana program pembangunan dan agihan zakat telah dijalankan di negeri Sarawak bagi tahun 2016-2020, dan siapakah golongan sasaran yang terlibat dalam agihan yang dilakukan oleh pihak Tabung Baitulmal Sarawak.

Published
2022-09-03
How to Cite
Abdul Arrahmannia, H. Q., Awang Ramzi, D. N. A., Sawal, S. K., Mahmut, N. I., Rosli, N. A., & Aziz, A. (2022). Kadar Agihan Zakat dan Program Pembangunan Pendidikan Asnaf di Sarawak Tahun 2016 Hingga 2020: Satu Sorotan Kajian. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 275-281. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/270