Sumbangan Yang Behormat Pehin Siraja Khatib Abdul Razak bin Hasanuddin: Pendidikan Masyarakat Brunei di Kampong Ayer

  • Norhayati Abdul Karim Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam
  • Masuriyati Yahya Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam
Keywords: Balai, Manuskrip, Prolifik, Pendidikan Brunei, Ulama Brunei.

Abstract

Kampong Ayer merupakan kediaman asal bagi penduduk tempatan Brunei sejak pemerintahan kesultanan Brunei yang pertama dalam lingkungan abad ke 14. Tradisi penempatan di Kampong Ayer masih lagi aktif sehinggalah sekarang.  Ini kerana Kampong Ayer antara pusat pengajian Islam yang kebanyakkannya dibangun oleh para Ulama Brunei sendiri. Antaranya adalah Yang Behormat Pehin Siraja Khatib Abdul Razak bin Hasanuddin yang hidup pada kurun ke-19. YB Pehin sendiri mempunyai Balai iaitu tempat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi subjek pengajian Islam yang terletak berdekatan dengan rumahnya di Kampong Burung Pingai (di Kampong Ayer). Corak pengajian Balai yang dibangun oleh YB Pehin sendiri, merupakan pendidikan pengajian Islam informal dalam bentuk tradisi iaitu pembelajaran matapelajaran asas yang tidak memerlukan kepandaian menulis dan membaca jawi dan pembelajaran lanjutan yang memerlukan kepandaian menulis dan membaca. YB Pehin seorang Ulama Brunei prolifik di mana beliau telah menjadikan pengajian sifat 20 sebagai buku teks di Balai. Berdasarkan penelitian ini, kajian kualitatif dijadikan sebagai instrument untuk mengumpul bahan melalui sesi temubual dan perpustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa karya YB Pehin dalam bentuk ilmiah yang ditemukan setakat ini belum dikaji secara terperinci serta belum didokumentasikan memandangkan buku teks berkenaan masih dalam bentuk manuskrip (tulisan tangan) hasil salinan penduduk Brunei di Kampong Ayer iaitu semasa di bawah Residen British.

Published
2022-09-02
How to Cite
Abdul Karim, N., & Yahya, M. (2022). Sumbangan Yang Behormat Pehin Siraja Khatib Abdul Razak bin Hasanuddin: Pendidikan Masyarakat Brunei di Kampong Ayer. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 136-141. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/265