Melangkaui Pembaziran: Pendekatan Islam Terhadap Inovasi Hijau dan Kemajuan Ekonomi Lestari dalam Industri Halal

Authors

  • Muhammad Najmi Rosli Universiti Teknologi MARA, Malaysia
  • Muhammad Amar Tuah Universiti Teknologi MARA, Malaysia
  • Muhammad Awqal Fikri Muhamad Fairuz Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Keywords:

industri halal, inovasi hijau, pembaziran, ekonomi lestari, pengurusan sisa.

Abstract

Perkembangan pesat industri halal telah membentuk satu ekosistem ekonomi global merangkumi pelbagai sektor. Walau bagaimanapun, industri ini berdepan dengan isu pembaziran (israf) dan pengurusan sisa yang menjejaskan kelestarian alam sekitar. Artikel ini bertujuan meneroka penyelesaian berteraskan Islam dalam menangani isu pembaziran rantaian bekalan halal dengan mengintegrasikan nilai syarak dan inovasi hijau. Kajian ini mengenal pasti faktor pembaziran seperti pengurusan makanan yang tidak sistematik, kekurangan kemudahan logistik, dan ketiadaan gudang halal khusus. Berdasarkan sorotan literatur, kajian mencadangkan aplikasi inovasi kitaran dan sifar sisa (zero waste), logistik halal hijau, serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi mengatasi masalah tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa integrasi teknologi hijau dan prinsip Islam seperti amanah, khalifah, dan mizan mampu mengurangkan kos operasi, membuka peluang keusahawanan baharu, dan mewujudkan peluang pasaran dalam ekonomi hijau. Kerjasama strategik antara kerajaan dan pemain industri, berserta pembiayaan Islam, adalah kritikal bagi memastikan kelestarian ini. Kesimpulannya, pendekatan berteraskan syariah berupaya menjadi penyelesaian holistik untuk membina masa depan ekonomi halal yang berdaya saing, berkat, dan mesra alam.

Kata kunci: industri halal, inovasi hijau, pembaziran, ekonomi lestari, pengurusan sisa.

Downloads

Published

2026-10-30

How to Cite

Rosli, M. N., Tuah, M. A., & Muhamad Fairuz, M. A. F. (2026). Melangkaui Pembaziran: Pendekatan Islam Terhadap Inovasi Hijau dan Kemajuan Ekonomi Lestari dalam Industri Halal. Proceeding Borneo Islamic Conference, 17, 507–514. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/1246