P114 Jaringan Keilmuan Ulama Asia Barat dan Identiti Peradaban Islam Brunei: Satu Tinjauan Awal
Abstract
Kertas ini menghujah kewujudan jaringan keilmuan antara ulama Asia Barat dengan masyarakat Muslim Borneo sejak peringkat awal Islamisasi, sebagai asas pembentukan identiti peradaban dan warisan intelektual Brunei. Dengan menelusuri peranan pedagang Muslim Arab dan Parsi sebagai pemangkin tercetusnya jaringan/rangkaian, kertas ini menunjukkan bagaimana gerak dakwah berterusan melalui migrasi ulama awal dari Taif dan Mekah – termasuk Sharif Ali, Sayid Alwi Ba-Faqih, Sayid Hasan al-Hadad dan Sheikh Adam- yang bukan sekadar menyebarkan Islam, tetapi membina kerangka keagamaan berasaskan tasawuf Sunni dan fiqh Syafie. Hujah ini disokong oleh sumber tempatan seperti Salasilah Raja-Raja Brunei dan tradisi epigrafi, yang merekodkan peranan Sharif, Sheikh, Sayid dan ulama dalam gerakan dakwah serta pengaruh mereka terhadap pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah masyarakat melayu. Dapatan awal menunjukkan bahawa corak keilmuan ini menyumbang kepada kedudukan Brunei sebagai salah satu pusat Islam di Asia Tenggara, sekaligus membentuk warisan intelektual yang kekal dalam tradisi keagaman dan budaya negara.
sahrin.masri@unissa.edu.bn