P123 Membongkar Penemuan Manuskrip Pengembaraan Sri Sultan dan Sultan Tengah ke sebuah gunung dan kesannya untuk merekonstruksi riwayat hidup Sultan Tengah.

  • ISWANDI JUNAIDI JABATAN MUZIUM SARAWAK
Keywords: Kata Kunci : Manuskrip, rekonstruksi riwayat hidup, warisan

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang penemuan satu manuskrip catatan tangan Sultan Tengah, yang menjadi pemerintah Kerajaan Sarawak Darul Hana pada 1598-1641.  Penemuan manuskrip ini disifatkan sebagai penemuan unggul memandangkan ianya ditulis sendiri oleh Sultan Tengah sekitar abad ke-16 dan mempunyai nilai yang sangat signifikan untuk merekonstruksi riwayat hidup satu tokoh yang pernah mewarnai sejarah di Sarawak.  Objektif kajian ini adalah bertujuan menjelaskan penemuan dan penelitian awal terhadap manuskrip yang sangat penting ini.  Dalam pada itu, ianya juga bertujuan untuk mendedahkan kepentingan penemuan ini kepada pembinaan semula sejarah riwayat hidup Sultan Tengah khususnya dan kepada Sarawak secara keseluruhannya. Kajian ini menggunakan pendekatan historiografi yang menerapkan reka bentuk kajian historiografi (pensejarahan) dan temubual. Bagi tujuan kajian ini, penyelidik menggunakan tiga langkah kajian historiografi, iaitu; heuristik, kritikan sumber dan interpretasi.  Hasil kajian mendapati manuskrip ini mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi.  Melalui penemuan manuskrip ini dijangka menyumbang kepada penemuan-penemuan penting untuk merekontsruksi riwayat hidup Sultan Tengah berdasarkan catatan peribadi baginda sendiri. Penemuan ini juga menyumbang kepada pemeliharaan kepada khazanah warisan bersejarah Negeri Sarawak.

Published
2026-08-27
How to Cite
JUNAIDI, I. (2026). P123 Membongkar Penemuan Manuskrip Pengembaraan Sri Sultan dan Sultan Tengah ke sebuah gunung dan kesannya untuk merekonstruksi riwayat hidup Sultan Tengah. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/1139