P108 KADAR KESIAPSIAGAAN REMAJA BRUNEI DARUSSALAM DALAM MENGHADAPI CABARAN KERENCAMAN PEMIKIRAN MENUJU WAWASAN BRUNEI 2035
Abstract
Transformasi sosial, perkembangan teknologi digital dan globalisasi telah mempercepatkan penyebaran pelbagai ideologi, nilai serta pandangan hidup yang mewujudkan kerencaman pemikiran dalam kalangan masyarakat, khususnya remaja. Dalam konteks Brunei Darussalam, fenomena ini menuntut tahap kesiapsiagaan yang tinggi agar generasi muda mampu menilai, menyaring dan mengadaptasi pengaruh luar secara kritis tanpa menjejaskan identiti kebangsaan yang berteraskan Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB). Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menilai kadar kesiapsiagaan remaja di Brunei Darussalam dalam menghadapi cabaran kerencaman pemikiran sebagai persediaan menuju Wawasan Brunei 2035. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan menggunakan soal selidik terhadap remaja berumur 14 hingga 24 tahun dari pelbagai institusi pendidikan dan komuniti di seluruh negara. Analisis data akan dijalankan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi bagi mengenal pasti tahap kesiapsiagaan serta hubungan antara pengetahuan, kemahiran berfikir kritis, literasi digital, pegangan nilai MIB dan daya tahan psikososial. Dapatan kajian dijangka dapat memberikan gambaran menyeluruh mengenai tahap kesiapsiagaan remaja serta membantu pihak kerajaan, institusi pendidikan dan badan belia merangka strategi pembangunan modal insan yang lebih berkesan dalam merealisasikan aspirasi Wawasan Brunei 2035.