P029 DINAMIKA KEARIFAN TEMPATAN DAN ADAPTASI HUKUM SYARAK DALAM MASYARAKAT MELAYU BRUNEI

  • Matussein Hj Jumat Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB)
Keywords: Kearifan Tempatan, Hukum Syarak, Melayu Islam Beraja, Brunei

Abstract

Kajian ini meneliti dinamika kearifan tempatan yang mencorak gaya kehidupan dan pola pemikiran masyarakat Melayu Brunei Darussalam dan bagaimana adaptasi hukum syarak turut mengembangkannya selaras dengan perubahan semasa. Sejarah bangsa dan budaya Melayu Brunei yang amat sinonim dengan penghayatan ajaran Islam telah memperkukuhkan kearifan tempatan sebagai rangka kerja budaya yang dinamik dan bertransformasi untuk mengintegrasikan hukum syarak dalam kehidupan harian tanpa mengabaikan identiti budaya asal. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif melalui kajian kepustakaan bagi membangunkan gambaran konseptual mengenai hubungan nilai-nilai kearifan tempatan Melayu Brunei dan penerapan hukum syarak dalam konteks negara. Penemuan utama menunjukkan bahawa falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB) bertindak sebagai tunjang kearifan tempatan walaupun cabaran era teknologi dan kecerdasan buatan (AI) memerlukan penyelerasan pendekatan hukum dan praktik sosial. Kesimpulannya, kelestarian peradaban Melayu Brunei adalah berlandaskan ajaran Islam dengan dinamik adaptasi yang mengharmonikan warisan budaya dan kerangka syariah demi kesejahteraan kehidupan beragama masyarakat tempatan.

Published
2026-06-29
How to Cite
Jumat, M. (2026). P029 DINAMIKA KEARIFAN TEMPATAN DAN ADAPTASI HUKUM SYARAK DALAM MASYARAKAT MELAYU BRUNEI. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/1031